Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Guru Lakukan Amang Seksual Terhadap Pelajar Lelaki Dipenjara 10 Tahun

Seorang guru dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun dan enam kali sebatan selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun, tiga tahun lalu.

Menurut laporan Astro Awani, Hakim Ahmad Fadhli Mahmud ketika membuat keputusan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan terhadap tertuduh, Anuar Yusoff, 48, dan memerintahkan semua hukuman penjara itu berjalan serentak bermula hari ini.

Selain itu, mahkamah turut mengarahkan Anuar menjalani sesi kaunseling sepanajng tempoh pemenjaraan serta berada di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman.

amang seksual

Foto: Bernama

Dalam penghakimannya, Ahmad Fadhli berkata mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal pemenjaraan sebarang keraguan munasabah terhadap kes berkenaan, malaah hujahan yang dikemukakan hanyalah bersifat penafian semata-mata.

“Sebagai seorang pendidik, tertuduh sepatutnya melindungi pelajar dan bukannya mengambil kesempatan terhadap mereka demi memenuhi nafsu sendiri, lebih-lebih lagi apabila mangsa merupakan pelajar lelaki.
“Tertuduh telah menyalahgunakan kepercayaan yang diberikan kepadanya sebagai seorang guru dengan melakukan perbuatan tidak bermoral terhadap mangsa, yang kini mengalami trauma akibat kejadian tersebut,” katanya.

Artikel lain: Kes Rogol Di Baling: Empat Remaja Didakwa Amang Seksual Pelajar Perempuan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan pertuduhan, Anuar didakwa melakukan perbuatan amang seksual fizikal terhadap remaja itu di sebuah bilik di resort di Pulau Perhentian pada jam 3 petang, 29 Julai 2022 serta pada jam 1 pagi dan 5 pagi, 30 Julai tahun sama.

Kesalahan itu dilakukan mengikuti Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Akmal Mohd Jazlee, dalam hujahnya memohon agar hukuman berat dijatuhkan terhadap tertuduh sebagai pengajaran kepada masyarakat supaya tidak melakukan jenayah menjijikkan sedemikian, terutama yang melibatkan mangsa bawah umur.

amang seksual

Foto: Kosmo!

“Satu hukuman setimpal perlu dijatuhkan bagi menunjukkan bahawa mahkamah memandang serius kesalahan seumpama ini dan tidak akan berkompromi dengan pelaku yang mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak,” ujarnya.

Peguam bela, Nik Ismail Nik Lah, pula merayu agar anak guamnya diberikan hukuman lebih ringan dengan mengambil kira jasa tertuduh yang telah berkhidmat sebagai guru selama 25 tahun, selain menanggung dua anak termasuk seorang Orang Kurang Upaya (OKU) serta tiada rekod jenayah lampau.

Sepnajang perbicaraan, enam saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan termasuk tertuduh sendiri, telah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Astro Awani 

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita menjadi sebutan di media sosial selepas satu hantaran di Facebook miliknya mencetuskan perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut, wanita berkenaan dilihat menyiarkan semula...

Nasional

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan kononnya beliau ‘mencium pipi’ isteri Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. iaitu Louise Araneta-Marcos ketika menghadiri satu...

Sosial

Dalam suasana penuh debar menanti kehadiran cahaya mata pertama, usahawan dan penulis terkenal, Farah Fakhira, dikejutkan dengan berita pemergian suami tercintanya, Zaidul Ariff, yang...

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera dikelar di leher di Batu Pahat, baru-baru ini mempunyai kaitan dengan pengaruh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd