Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

GST Hanya Dilaksana Jika Gaji Minimum Meningkat Kepada RM3,000 – Anwar

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan oleh kerajaan sekiranya tahap gaji minimum meningkat kepada RM3,000 – RM4,000.

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gaji bulanan minimum di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak RM1,500.

Anwar berkata, sistem cukai itu bukan sahaja cekap dan telus, malahan juga dapat membantu meningkatkan dana kerajaan dengan kutipan hasil yang lebih tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, beliau turut beranggapan bahawa golongan miskin tidak patut dibebani dengan sistem GST tersebut.

“Saya bersetuju, GST adalah sistem cukai yang paling telus dan cekap… tetapi pandangan saya adalah, beri sedikit masa, beberapa tahun, (kita mesti) pastikan ambang gaji meningkat kepada minimum RM3,000-RM4,000, kemudian barulah kita boleh selaraskan dasar,” katanya

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-78 Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di Kuala Lumpur, pada Ahad.

Foto: MalaysiaGazette

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, isu pelaksanaan GST telah menjadi pertikaian selama beberapa dekad, malah sejak beliau menjadi Menteri Kewangan pada 1990-an lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada ketika itu, beliau tidak bersetuju kerana kerajaan perlu menangani masalah rasuah yang melibatkan berbilion ringgit terlebih dahulu.

Pada masa sama, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong yang hadir ke majlis tersebut turut bersetuju dengan pendapat Anwar.

“Beliau (Perdana Menteri) menjelaskan bahawa GST hanya akan dilaksanakan selepas beberapa tahun apabila paras pendapatan (gaji) meningkat ke tahap yang boleh diterima,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Liew, kini hanya sekitar 15% penduduk Malaysia memiliki pendapatan yang mencukupi untuk dikenakan cukai pendapatan dan menyarankan untuk mencapai matlamat di mana sekurang-kurangnya 60% masyarakat Malaysia memperoleh pendapatan yang cukup tinggi untuk dikenakan cukai pendapatan.

Liew berharap semua pihak, termasuk sektor perniagaan, akan menganggap usaha membina masyarakat kelas menengah yang besar di Malaysia sebagai satu misi penting untuk negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekali lagi menampilkan aksi cemerlang di Terbuka Thailand setelah berjaya memperoleh kejuaraaan berganda pada musim ini di...

Sosial

Video seorang anggota ATM fasih berborak dengan juruterbang pasukan Russian Knight menggunakan bahasa Rusia telah menarik perhatian ramai apabilakedua-duanya dilihat rancang berbual. Anggota ATM...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail (TMJ) menyindir cadangan segelintir pihak yang mahu memboikot saingan Liga Super musim depan susulan beberapa...

Sosial

Polis mengesahkan bahawa pemandu kereta Perodua Axia berwarna merah yang tular membawa muatan secara berbahaya di Jalan Dengkil–Banting semalam mengalami masalah jiwa. Ketua Polis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd