Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Genjatan Senjata Di Gaza Dilanjutkan Selama Dua Hari

Kumpulan Palestin dan pengantara Qatar mendedahkan genjatan senjata antara Hamas dan Israel di Semenanjung Gaza akan dilanjutkan dua hari lagi.

Menurut laporan Al Jazeera, keputusan itu telah dibuat empat jam sebelum jeda kemanusiaan tamat awal Selasa dibawah syarat dan terma yang ditetapkan.

“Qatar mengumumkan  persetujuan telah dicapai untuk melanjutkan gencatan senjata kemanusiaan selama dua hari tambahan di Semenanjung Gaza,” kata jurucakap Kementerian Luar Negeri Qatar, Majed al-Ansari.

Genjatan senjata dilanjutkan dua hari

Artikel lain: Genjatan Senjata Palestin-Israel Bermula Hari Ini, Tebusan Akan Dibebaskan

Dalam tempoh gencatan senjata awal, sejumlah 50 tawanan awam, semua wanita dan kanak-kanak, dijangka dibebaskan oleh Hamas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai pertukaran, 150 tahanan Palestin yang ditahan oleh Israel akan dibebaskan dan lebih banyak bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk ke Gaza.

Seorang pegawai Hamas, Ghazi Hamad, berkata beliau berharap gencatan senjata itu dapat dilanjutkan lagi bagi membolehkan lebih banyak tebusan dapat dibebaskan.

“Ia berkemungkinana akan berlanjutan kerana telah tertulis dalam perjanjian, bahawa jika Hamas memberikan lebih banyak tebusan, akan ada lebih banyak hari gencatan senjata.
“Kami kini bersetuju untuk membebaskan lebih ramai tebusan dan melanjutkan perjanjian selama dua hari. Ini berita baik untuk rakyat kita, terutamanya penduduk Gaza,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ghazi berharap genjatan senjata dapat diteruskan bagi menamatkan konflik peperangan yang berlaku diantara Palestin-Israel.

“Saya harap kita dapat melanjutkannya sehingga kita mencapai penghujung perang ini. Kami mahu menamatkan perang. Kami berada dalam gencatan senjata sementara, tetapi kami cuba melanjutkannya. Terdapat banyak sokongan daripada Qatar, Mesir dan banyak kerajaan Barat untuk menamatkan malapetaka ini,” katanya lagi.

Sekadar info, pejuang Hamas merampas kira-kira 240 tebusan apabila mereka menyerbu dari Gaza ke selatan Israel pada 7 Oktober dan membunuh kira-kira 1,200 orang, menurut pegawai Israel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas serangan itu, Israel melancarkan kempen pengeboman tanpa henti dan serangan darat di Gaza, membunuh hampir 15,000 orang, termasuk lebih 6,000 kanak-kanak, menurut pegawai Palestin.

Sumber: Al Jazeera

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Sejak semalam, tular di media sosial beberapa hantaran di media sosial mesej perbualan tak senonoh tersebar antara seorang guru berstatus isteri dengan lelaki yang...

Sosial

Baru-baru ini, tular seorang suami mendedahkan perbuatan terkutuk isterinya bersama rakan sekerja yang didakwa berlaku curang di belakangnya. Suami dakwa isteri disondol lelaki lain...

Sosial

Seorang lelaki yang mengakui bekas suami kepada guru wanita tular meluahkan rasa sedih terhadap isu yang terpalit terhadap bekas isterinya, baru-baru ini. Menerusi komen...

Sukan

Malaysia akhirnya berjaya menamatkan penantian selama 12 tahun untuk merangkul kejuaraan dalam kategori beregu lelaki di kejohanan badminton Masters Malaysia apabila dua wakil negara...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd