Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kementerian Digital Luncur Garis Panduan Pengadaptasian AI Sektor Awam

Kementerian Digital menerusi Jabatan Digital Negara (JDN) telah menganjurkan Majlis Peluncuran Garis Panduan Pengadaptasian AI Sektor Awam di Hotel Le Meridien, Putrajaya pada Khamis.

Garis Panduan Pengadaptasian Kecerdasan Buatan (AI) Sektor Awam ini telah dibangunkan oleh JDN dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Kementerian Digital luncur Garis Panduan Pengadaptasian AI

Garis Panduan Pengadaptasian AI

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata Garis Panduan Pengadaptasian AI yang diluncurkan pada Khamis itu akan menjadi asas kepada penggunaan AI yang bertanggungjawab dan beretika dalam sektor awam.

“Prinsip kebertanggungjawaban, ketelusan dan kesaksamaan mesti menjadi tonggak utama. Kita tidak boleh membiarkan AI menjadi ‘kotak hitam’ yang membuat keputusan tanpa mekanisme semak dan imbang yang kukuh.
“Kita juga perlu terus menyesuaikan diri dengan perkembangan AI, membina keupayaan tenaga kerja kita dan memastikan bahawa setiap keputusan yang dibuat dengan bantuan AI sentiasa berpaksikan kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Garis Panduan Pengadaptasian AI Sektor Awam di Putrajaya pada Khamis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Garis panduan setebal 158 muka surat itu telah dibangunkan oleh Bahagian Perundingan Digital JDN, dan ia mengandungi enam bab dan tiga lampiran serta boleh diakses secara maya di portam rasmi https://www.jdn.gov.my.

Ia juga mengandungi penerangan tentang pengenalan AI, prinsip etika yang perlu dipatuhi, peranan dan tanggungjawab aktor, pengurusan risiko, kaedah pengadaptasian dan templat penilaian kendiri untuk agensi mengenal pasti skop serta impak AI di agensi sektor awam.

Dalam pada itu, sebagai kesinambungan daripada pelaksanaan garis panduan itu, satu seminar AI sektor awam akan diadakan di peringkat kebangsaan sekitar bulan Ogos 2025.

Artikel lain: Kurikulum Sejarah Dalam Proses Penggubalan, Dijangka Mula Diguna 2027 – KPM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penghasilan Garis Panduan Pengadaptasian AI ini merupakan inisiatif JDN dalam mendukung nilai teras Malaysia MADANI iaitu melalui pembaharuan dan pengupayaan mpdal insan bagi menjelmakan daya cipta manusia khusus dalam ekosistem perkhidmatan awam.

Ia selari dengan slogan Kepengerusian ASEAN 2025, ‘Keterangkuman dan Kemampanan’ yang dizahirkan menerusi tema Kementerian Digital iaitu ‘Memajukan Masa Depan Digital Yang Dikongsi Bersama’.

Gobind juga mengumumkan pada majlis sama salah satu inisiatif dalam usaha menyediakan perkhidmatan digital yang terbaik, bukan sahaja penggunaan penjawat awam malahan untuk seluruh rakyat.

“Salah satu inisiatif itu ialah MyGOV Malaysia yang merupakan aplikasi mudah alih kerajaan yang dibangunkan oleh JDN yang berperanan sebagai gerbang digital bersepadu untuk memudahkan rakyat berinteraksi dengan pihak kerajaan.
“Platform ini akan menyediakan capaian kepada perkhidmatan penting dan maklumat rasmi tentang hal ehwal kerajaan dengan mudah yang menerapkan konsep Whole of Government (WoG),” ujarnya.

Tambahnya, objektif pelaksanaan aplikasi MyGOV Malaysia adalah untuk menyediakan ekosistem yang membolehkan pengguna mendapat pengalaman yang seragam sekaligus mengatasi pertindihan fungsi antara agensi serta mengkonsolidasi sumber menerusi ekosistem perkhidmatan bersepadu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Peluncuran dan peluasan kepada rakyat dijangka akan diadakan pada suku kedua 2025 dengan perkhidmatan tambahan yang akan dapat dimanfaatkan oleh rakyat,” katanya.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki warga emas dipercayai sudah tiga hari tidak keluar ditemui meninggal dunia di sebuah rumah kedai dihuninya. Penemuan jasad itu mengejutkan orang ramai...

Lokal

Kerajaan Pahang nafi langgar perintah mahkamah dan ia sekaligus menyangkal dakwaan Save Musang King Alliance (SAMKA) yang menyatakan bahawa kerajaan negeri telah melanggar perintah...

Lokal

TYMBA Education Group dilantik secara rasmi sebagai Institusi Pembelajaran dan Latihan Diluluskan (ALTI) oleh Yayasan Peneraju di bawah Skim Pembiayaan Baharu, khusus bagi kelayakan...

Sosial

Pendedahan yang dibuat oleh akaun Malaysia Fight League (MFL) berkenaan tindakan pengurus rumah anak yatim disyaki kurung dan memberi makanan rosak kepada penghuni telah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd