Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Fitnah! Pengasas Gula Cakery Nafi Tak Benarkan Pekerja Solat Jumaat, Utamakan Keberkatan

Pengasas Gula Cakery, Arieni Adriena, tampil menjelaskan beberapa dakwaan yang semakin tular di media sosial terhadap syarikatnya.

Menerusi perkongsian di Threads, Arieni berkata pihaknya terpaksa mengambil tindakan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) terhadap seorang bekas pekerja yang hilang tanpa makluman selama tiga hari.

“Individu ini adalah bekas pekerja kami yang masih dalam tempoh percubaan probation. Isu ini bermula apabila pihak syarikat mengambil tindakan terhadap individu terbabit atas sebab disiplin iaitu MIA (missing in action).
“Ada dalam 3 hari dia hilang,” jelas beliau.

Tambah beliau, dalam sesi JTK, individu terbabit mengaku tidak hadir bekerja dan bayaran sebanyak RM2,000 dikenakan sebagai ganti notis kontrak.

Bagaimanapun, Arieni memutuskan untuk menarik balik bayaran tersebut atas dasar keprihatinan, terutama di bulan Ramadan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain isu disiplin, Arieni menegaskan dakwaan syarikat menghalang kakitangan lelaki menunaikan solat fardhu atau solat Jumaat adalah tidak benar.

“Sebagai syarikat muslim, kami sangat menitikberatkan keberkatan dalam rezeki. Tuduhan bahawa syarikat menghalang ibadah adalah satu fitnah yang sangat berat.
“Kami tidak akan berkompromi dalam mempertahankan maruah syarikat ini,” tegas Arieni.

Artikel lain: “Muda Kena Hormat Tua….”- Prince Syed Tarik Balik Laporan Polis, Pilih Damai Dengan Mentua

Beliau turut menafikan dakwaan lain berkaitan kebersihan, tuntutan perubatan, dan pengurusan pekerja asing. Arieni menjelaskan semua dokumen bukti telah disediakan untuk dibawa ke sesi bicara seterusnya pada 28 April.

“Pihak kami tidak akan tunduk kepada sebarang bentuk provokasi atau ugutan yang bertujuan untuk mengelak tanggungjawab undang-undang,” tambahnya lagi.

Isu ini tular selepas seorang bekas kakitangan mendakwa Gula Cakery tidak membenarkan pekerja menunaikan solat Jumaat dan menggunakan tenaga buruh warga asing yang tidak menjaga kebersihan makanan sepenuhnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Threads arieniadriena

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Sosial

Aktivis masyarakat, Tamim Dahri menafikan dakwaan menghina simbol suci agama Hindu selepas videonya memijak dan membengkokkan trisula atau soolam tular di media sosial sejak...

Bisnes

Pengasas Berjaya Corp Bhd (BJCORP), Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, telah melupuskan 306 juta saham dalam syarikat itu melalui urus niaga perniagaan secara...

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd