Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Filem ‘Mencari Ramlee’, Tony Eusoff & Sofia Jane Harap Dapat Hidupkan Semula Legasi Dramedy

Pelakon terkenal Tony Eusoff dan Datin Sofia Jane diberi peluang melakonkan watak utama dalam filem ‘Mencari Ramlee’ sebagai menghargai perjuangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai Lagenda Layar dan Lagu.

Menerusi laporan Malay Mail, pelakon lelaki berusia 46 tahun itu berkata, ia merupakan satu penghormatan terhadap dirinya dan berharap dapat menghidupkan semula filem dramedy kepada generasi akan datang.

Foto: Malay Mail

“Kami mahu membuatkan penonton generasi muda menghargai bukan sahaja P. Ramlee tetapi juga artis Malaysia yang lain pada masa lalu dan mengingatkan mereka tentang kayanya sejarah seni dan budaya kita,” katanya.

Beliau juga berharap filem itu akan memberi peluang kepada generasi muda untuk mengetahui tentang keadaan dan perjuangan artis pada tahun 1970-an tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bukan itu sahaja, saya berharap artis muda tempatan mendapat inspirasi untuk memajukan dunia seni tempatan ke tahap yang lebih tinggi selepas melihat perjuangan anak didik mereka,” ujarnya.

Foto: FB Masjid Teras Jernang

Sementara itu, Sofia juga berkata, beliau memilih watak Zaiton bukan hanya kerana pengarah filem Megat tetapi kerana dapat mencabar kemahirannya sebagai pelakon untuk masuk kembali ke zaman 1970-an.

“Saya rasa perkara istimewa mengenai filem ini ialah ia berlaku pada tahun 1970-an dan saya seronok untuk meneliti bagaimana perlakuan dan percakapan orang-orang pada era itu melalui menonton filem,” katanya.

Beliau juga memberitahu filem Madu Tiga merupakan filem yang paling memberi inspirasi kepadanya dan ‘Mencari Ramlee’ juga mempunyai ‘jenaka gelap’ yang unik.

“Itulah filem kegemaran saya sepanjang masa kerana bukan saja melibatkan komedi, malah dia (P. Ramlee) berlakon sekali gus juga mengarahkannya,” ujarnya lagi.

Foto: FB Masjid Teras Jernang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelakon berusia 52 tahun itu juga berkongsi bahawa cucu P. Ramlee, Najua Mohamad Nasir merupakan sebahagian daripada barisan pelakon dan banyak memberitahu kisah peribadi allahyarham yang kebanyakan orang tidak tahu.

Untuk makluman, filem ‘Mencari Ramlee’ memfokuskan kepada perjuangan penggiat seni dalam industri perfileman sama seperti nasib yang dihadapi oleh P. Ramlee dengan berlatarbelakangkan tahun 1973 dan dijangka akan ditayangkan di pawagam pada September ini.

Sumber: Malay Mail (Jared Wee)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyuarakan kebimbangan serius berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap beberapa aktivis yang mendedah dan mempersoal aktiviti pencerobohan tanah serta pembinaan...

Dunia

Seorang bekas rakyat Malaysia yang kini menjadi warganegara Singapura dan bekerja sebagai pemandu kenderaan persendirian (PHV) meluahkan rasa menyesal apabila dikatakan terpaksa bekerja selagi...

Dunia

Perdana Menteri India, Narendra Modi memuji perkembangan pesat warisan budaya India di Malaysia serta mengiktiraf peranan penting komuniti India Malaysia dalam memeliharanya. “Di mana...

Sosial

Seorang bekas komando dari Bangi, Mohd Azuan Asmuni, 40, terus menunjukkan semangat juang luar biasa selepas disahkan menghidap kanser pada 2023, walaupun berdepan pelbagai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd