Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

FAM Rehatkan Dua Pengadil Pada Aksi JDT-Perak

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan merehatkan pengadil dan video bantuan pengadil (VAR) yang mengendalikan aksi Liga Super pertemuan Johor Darul Ta’zim dengan Perak, Ahad lalu.

Foto: Facebook JOHOR Southern Tiger

Menurut laporan Buletin TV3, FAM mengambil tindakan tersebut selepas pengadil tersebut didapati gagal membuat keputusan yang tepat pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram menjelaskan Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil membuat analisis insiden penalti pada minit ke-38 dan pergelutan pada minit ke-84 melibatkan pemain JDT, Arif Aiman Hanapi dan pemain Perak Tommy Mawat Bada.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga berkata analis insiden tersebut dibuat mengikut undang-undang permainan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), namun keputusan pengadil dan VAR didapati kurang tepat.

“Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengadil FAM mengambil keputusan untuk merehatkan pengadil dan pengadil VAR terbabit sebanyak dua perlawanan daripada sebarang tugas pengadil di liga profesional dan liga amatur.
“Selain direhatkan bagi dua perlawanan, kedua-dua pengadil terbabit juga akan dirujuk ke fasa pemulihan dan pemurnian sebelum diberikan semula tugas pengadil,” katanya.

Foto: Facebook JOHOR Southern Tiger

Pemilik skuad JDT, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) berpendapat pengadil seharusnya melayangkan kad merah kepada Arif Aiman dan Tommy selepas insiden pergaduhan pada pertembungan dua pasukan itu.

Tambahan lagi, TMJ berpandangan sepakan penalti sepatutnya diberikan kepada Perak selepas kekasaran yang dilakukan pemain JDT, Feroz Baharudin terhadap Clayton Silveira pada minit ke-38.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“FAM juga perlu berhati-hati dengan tahap hukuman yang lebih lama dan berat kerana liga profesional negara menggunakan teknologi VAR, yang mana semua pegawai perlawanan yang dilantik wajib memiliki lesen VAR.
“Dalam situasi ini, hukuman berprinsip pendidikan amat sesuai untuk memastikan liga berjalan dengan lebih lancar. Polisi seperti ini bukanlah sesuatu yang baharu, malah ia diguna pakai di peringkat FIFA, AFC dan kebanyakan liga ternama di dunia,” ujarnya.

Sumber: Buletin TV3

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd