Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

EV XPeng Secara Rasmi Masuk Ke Malaysia, Lantik Bermaz Auto Berhad Jadi Pengedar

Bermaz Auto Berhad mengesahkan pembuat kenderaan elektrik dari China, XPeng secara rasmi masuk ke pasaran Malaysia selepas dilantik sebagai pengedar rasmi kenderaan elektrik (EV) tersebut melalui makluman Bursa Malaysia.

Menurut laporan Soya Cincau, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Xpeng He Xiaopeng berkata, kumpulan XPeng merancang untuk melancarkan model pemanduan sebelah kanan (RHD) pada separuh kedua tahun ini.

Foto: Soya Cincau

“Antara pasaran sasaran XPeng untuk model RHD yang akan datang ialah Malaysia, Hong Kong dan Singapura.
Misi kami adalah untuk memacu transformasi EV pintar dengan teknologi, membentuk pengalaman mobiliti masa depan dan untuk mengoptimumkan pengalaman mobiliti pelanggan kami,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bermaz Auto Berhad, Datuk Francis Lee turut melahirkan rasa terujanya tentang perjanjian ini dan menyatakan kelebihan produk jenama berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ia dilengkapi dengan ciri-ciri terkini seperti teknologi pemanduan autonomi, kokpit digital dan bateri berprestasi tinggi,” ujarnya.

Foto: Soya Cincau

Bagaimanapun, Kumpulan Bermaz Auto Berhad belum menyatakan sebarang tarikh pelancaran atau model yang akan masuk ke pasaran tempatan dan negara Asia Tenggara lain.

Namun begitu, Presiden XPeng Brian Gu berkata bahawa kereta pertama Xpeng yang akan dihasilkan dalam versi RHD adalah SUV G6 versi kemaskini terbaharu.

Untuk makluman, Xpeng SUV G6 dijual pada harga bermula 209,900 hingga 276,900 yuan (RM136,933 hingga RM180,642) di China.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Soya Cincau

SUV ini menggunakan asas sistem elektrikal 800V, dimana varian pacuan roda belakang dilengkapi dengan motor berkuasa 296PS/440Nm, manakala varian pacuan semua roda pula dibekalkan dengan dua motor bagi menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 487PS dan tork 660Nm.

Dua pek bateri ditawarkan untuk model ini iaitu unit LFP 66-kWj bagi model RWD (jarak gerak CLTC 580km) dan NMC 87.5-kWj bagi memberikan jarak gerak 755km (motor tunggal) atau 700km (dua motor) dalam kitaran CLTC, manakala kadar maksimum untuk pengecasan pantas DC ialah 480kW

Sumber: Soya Cincau (Chief Chapree)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Sukan

Pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin umum bertunang dengan bekas pemain perseorangan wanita Jepun, Aya Ohori, pada Rabu. Berita gembira itu dikongsikan...

Sosial

Seorang peniaga dipercayai tiada lesen perniagaan berang apabila barang jualan kena rampas oleh penguat kuasa dipercayai di Dataran Merdeka. @user62935921735153 I don’t know what’s...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd