Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Paras Empangan Bukit Merah Kritikal, Bekalan Air Ke Sawah Dicatu Sementara

Empangan Bukit Merah kritikal

Paras air Empangan Bukit Merah berada di tahap kritikal ekoran musim panas berterusan melanda Perak membuatkan negeri itu terpaksa melaksanakan catuan bekalan air ke kawasan sawah di Rancangan Pengairan Kerian.

Empangan Bukit Merah kritikal

Empangan Bukit Merah kritikal

Memetik laporan Sinar Harian, Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu, menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, sehingga Isnin paras air empangan itu mencatatkan bacaan 6.29 meter, berada pada Aras Kritikal Pengairan Tahap 3 biarpun hujan lebat pada 13 Julai.

Beliau memaklumkan sebelum ini paras air empangan mencatatkan penyusutan mendadak daripada 7.01 meter pada 26 Jun kepada 6.40 meter sehinggaa 8 Julai dan dijangkakan mencecah paras henti bekalan pengairan iaitu 6.10 meter jika hujan tidak turun menjelang pertengahan bulan ini.

“Bekalan air ke Rancangan Pengairan Kerian telah mula dicatu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memastikan kelangsungan bekalan sehingga musim hujan kembali stabil.
“Bagaimanapun, bekalan air domestik masih dikekalkan agar tidak menjejaskan keperluan penduduk,” kata Mohammad Nizar, hari ini.

Beberapa inisiatif telah diambil bagi membendung paras air daripada terus berkurangan seperti penggunaan sumber air alternatif seperti rumah pam kecil, pam bergerak dan tiub telaga di beberapa kawasan sekitar Kerian bagi membantu petani mengepam air ke sawah masing-masing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, beliau juga memohon Operasi Pembenihan Awan (OPA) oleh JPS Perak kepada kerajaan negeri dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk mengatasi krisis kekurangan bekalan air yang kian meruncing.

Empangan Bukit Merah kritikal

Foto: Free Malaysia Today

“Selain tindakan jangka pendek, kerajaan turut melaksanakan projek jangka sederhana dan panjang termasuk menaik taraf struktur empangan melalui projek reka dan bina yang bermula Januari 2024 dan dijangka siap pada Januari 2027.
“Satu lagi projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah turut akan dilaksanakan di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan kapasiti 1,500 juta liter sehari, termasuk 500 juta liter khusus untuk pengairan Rancangan Pengairan Kerian,” jelasnya.

Mohammad Nizar turut menegaskan, Empangan Bukit Merah nadi penting sumber air mentah bagi lebih 220 juta liter sehari kepada Lembaga Air Perak (LAP) sekali gus menyokong keperluan pertanian kepada lebih 22,000 hektar sawah padi yang menjadi sebahagian jelapang padi ketiga terbesar negara.

Beliau memaklumkan, kira-kira 70 peratus air empangan digunakan bagi keperluan pengairan dan domestik manakala selebihnya diperoleh daripada hujan (15 peratus) dan rumah pam utama seperti Rumah Pam Kerian dan Padang Lalang (15 peratus).

Artikel lain: Mat Sabu Perjelas Kelemahan Sistem Pengairan, Saliran Punca Hasil Padi Berkurangan

Dalam perkembangan sama, beliau menggesa semua pihak khususnya petani agar terus berjimat dalam menggunakan air dan mematuhi pelan catuan yang ditetapkan demi mendapatkan bekalan air mencukupi sewaktu musim kering ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Saifullah Ahmad)

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd