Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Elak Kes Mahkamah Ditangguh, Ahmad Faizal Minta Zahid Direhatkan Daripada Jawatan TPM

Umum sedia maklum, kes rasuah membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi masih lagi dijalankan memandangkan ia seringkali ditunda atas sebab-sebab tertentu.

Susulan itu, Timbalan Presiden Parti Pribumi Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menggesa agar Zahid direhatkan daripada jawatan yang disandangnya.

Ahmad Faizal berkata, ia adalah langkah terbaik bagi memastikan perbicaraan kes di mahkamah dapat diselesaikan tanpa wujudnya sebarang kelewatan atau gangguan.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal menyatakan permohonan Presiden UMNO mendapatkan semula pasport antarabangsanya berupaya menganggup proses perbicaraan kerana boleh memberi tekanan kepada pihak mahkamah termasuk hakim.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ia berikutan permohonan yang difailkan Datuk Seri Ahmad Zahid kepada pihak mahkamah untuk pasport beliau dikembalikan secara kekal, walaupun dokumen itu sebelum ini telah diserahkan bagi mematuhi syarat ikat jamin perbicaraan yang masih berlangsung, berkaitan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

“Dalam permohonannya, Datuk Seri Ahmad Zahid mendakwa beliau telah diberi mandat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewakilinya dalam beberapa urusan pentadbiran negara.
“Selain bagi melancarkan pergerakan, urusan dan tugasan selaku Timbalan Perdana Menteri, yang dikehendaki berada di dalam dan di luar negara,” jelas Ahmad Faizal.

Tambah bekas Menteri Belia dan Sukan, walaupun hakim mempunyai kuasa mutlak untuk memulangkan pasport berkenaan, namun jawatan yang disandang oleh Ahmad Zahid sebenarnya boleh memberi kesan terhadap bidang kehakiman.

“Bidang tugas yang dipegang Datuk Seri Ahmad Zahid yang dalam pentadbiran kerajaan ketika ini, akan memberi kesan kepada kuasa bidang kehakiman untuk menjamin perbicaraan yang efisyen, lancar serta tanpa penangguhan.
“Pemulangan pasport berkenaan pastinya akan menyebabkan lebih banyak kelewatan dalam proses perbicaraan, dengan pelbagai alasan urusan tugas, seterusnya akan mengambil masa yang lebih lama untuk diselesaikan,” jelasnya.

Katanya lagi, seseorang Timbalan Perdana Menteri yang berdepan perbicaraan 47 pertuduhan di mahkamah ketika ini dilihat sebagai perosak kepada komposisi Jemaah Menteri serta kerajaan keseluruhannya.

“Ia adalah satu penghinaan kepada majoriti pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15, yang mengharapkan sebuah kerajaan bersih, telus dan berintegriti,” katanya lagi.

Terdahulu, Ahmad Zahid memohon pihak mahkamah untuk mengembalikan pasport antarabangsanya bagi memudahkan beliau melakukan urusan rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sumber: Twitter @PejaOfPerak

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Manchester United membawa pulang pulangan lumayan hasil daripada siri jelajah pra-musim mereka ke Asia, meskipun memulakan kempen tersebut dengan kekalahan mengejut kepada pasukan ASEAN...

Sukan

Kunjungan Manchester United ke Malaysia berakhir dengan penuh duka selepas tewas 0-1 kepada ASEAN All Stars dalam aksi Piala Cabaran Maybank 2025 yang berlangsung...

Spotlight

Pelakon Ed Gale yang memainkan watak sebagai Chucky dalam filem Child’s Play telah menghembuskan nafas terakhir pada umur 61 tahun. Ed Gale, pelakon watak...

Sosial

Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan tindakan biadab seorang pelajar lelaki terhadap guru wanita, dipercayai berlaku di sebuah sekolah menengah tempatan. Dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd