Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Elak Berlaku Cukai Berganda, Kerajaan Bakal Luaskan Skop Pengecualian Antara Perkhidmatan Logistik

Kerajaan bakal luaskan lagi skop pengecualian antara perniagaan (“business to business” atau B2B) untuk meliputi penyediaan perkhidmatan logistik.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengumumkan Kementerian Kewangan (MOF) akan menambah baik skop pengecualian cukai perkhidmatan bagi sektor logistik untuk mengurangkan kesan cukai berganda.

https://www.facebook.com/KemKewangan/posts/pfbid0TjSyyeYjXVwFYag9Xq2cUfWecrFnN68WDxhRbkqymVj8HgU5dPJAqU9UXAgYM58Wl

Sebelum ini, pada Belanjawan 2024, perkhidmatan logistik dikenakan cukai perkhidmatan pada kadar 6% bermula pada 1 Mac 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada 25 sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk sektor logistik sebelum pelaksanaan cukai ini, kerajaan telah memberi beberapa pengecualian cukai.
“Pengecualian itu termasuklah perkhidmatan logistik bagi barang yang dieksport terus, perkhidmatan logistik aktiviti transhipment dan perkhidmatan logistik transit.
“Selain itu, perkhidmatan logisitik door-to-door dan perkhidmatan penghantaran makanan dan minuman melalui e-dagang juga termasuk dalam pengecualian ini,” kata MOF.

Kerajaan luaskan skop pengecualian antara perkhidmatan logistik

Foto: Bernama

Dalam pada itu, bagi mengurangkan impak negatif kepada aktiviti logistik, Kerajaan juga telah memberi kemudahan pengecualian antara B2B.

Artikel lain: Seksyen 11 WCE Dibuka, KKR Umum Tol Percuma Dua Bulan

“Penyedia perkhidmatan logistik tidak perlu membayar cukai perkhidmatan ke atas perolehan komponen perkhidmatan logisitik yang sama.
“Ini adalah untuk mengurangkan insiden cukai berganda atau kesan melata daripada pengenaan cukai atas cukai bagi beberapa rantaian bekalan logistik,” ujar MOF.

Foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, MOF akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pihak industri terutamanya daripada sektor logistik bagi memuktamadkan pindaan ke atas Garis Panduan bagi membolehkan ia dikuatkuasakan.

Pada masa yang sama, Kerajaan juga memberikan tempoh selama satu bulan sebagai persediaan kepada penyedia perkhidmatan logistik yang baru berdaftar dan hanya akan mengenakan cukai perkhidmatan 6% bermula pada 1 April 2024.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Nasional

Persoalan sama ada waris individu Islam yang meninggal dunia perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan akhirnya terjawab. JawatanKuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama...

Sosial

Keikhlasan seorang jururawat menyuapkan makanan kepada pesakit warga emas berbangsa India yang tular di media sosial baru-baru ini membuktikan bahawa ihsan dan kemanusiaan mengatasi...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd