Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.2 peratus pada suku pertama 2024, berbanding daripada jangkaan umum 3.9 peratus hari ini.
Menerusi satu laporan Buletin TV3, Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan ekonomi bagi suku pertama tahun ini didorong oleh perbelanjaan penggunaan isi rumah yang tinggi dan keadaan pasaran buruh yang stabil serta kadar pengangguran yang rendah.
Foto: New Straits Times
“Musim perayaan dan permulaan sesi persekolahan 2024 antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan dalam perbelanjaan isi rumah, di samping pembayaran Insentif Awal Kajian Semula Sistem Saraan Perkhidmatan Awam kepada semua penjawat awam dan Sumbangan Tunai Rahmah pada awal tahun ini,” kataya.
Beliau juga berkata, kadar kedatangan pelancong yang dicatatkan tinggi pada suku pertama tahun ini juga menjadi faktor peningkatkan aktiviti berkaitan pelancongan dalam negara.
https://www.facebook.com/bnm.official/posts/pfbid02RdAqVh8iF7S72kWLEeweenUtCEZSbfSvHNVNoWT6PP9hxQAqxjeUD5FYpHsov9xol?__cft__[0]=AZVlLmSM3lAycZgl5X-cvQYLe2Krhu6NlryNrIXWSpAKHu04hZqA1FbReVN89CFEIgw3AkcLIgsC4V2P1miMFI7y1gBRfxMq_7Yd4Iw8Gob38J5uFaQnPZK5RiOX669__UqudWpE38mE3LFGyCpJeiru1dn6WVQ8fmJQj9QgxPcXveUgh9xMrlOWTsMHgmTfis8VCb3tsMlwrrK1TmR9oKuk&__tn__=%2CO%2CP-R
“Prestasi ekonomi pada suku tahun ini juga disumbangkan pembangunan projek berskala besar dan pelaburan dalam pusat data serta penambahbaikan tempoh permohonan kemasukan pekerja asing bagi menampung keperluan permintaan pekerja khususnya di sektor perladangan,” tambah beliau lagi.
Sementara itu, menerusi satu lagi laporan Astro Awani, BNM memaklumkan bahawa semua sektor ekonomi berkembang positif dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia disumbang melalui sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan yang masing-masing mencatatkan peratusan sebanyak 59.3, 23.1 dan 3.9.
Foto: Astro Awani
BNM juga memberitahu kadar inflasi negara sebanyak 1.7 peratus di mana berada pada tahap sederhana berbanding 3.6 peratus yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada tahun 2023.
Sumber: Buletin TV3 (Amanda Lopez), Astro Awani (Shaznina Rozman)