Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Dua Suspek Direman, PH Nafi Arah Petugas Guna Gambar Agong Ketika Kempen PRK

Pakatan Harapan (PH) menafikan dakwaan mengarahkan petugas parti untuk menggunakan gambar Yang di-Pertuan Agong (YDPA) semasa berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) rentetan dua suspek ditahan pada Ahad.

Memetik laporan Malaysia Gazette, pengarah kempen PH bagi PRK tersebut, Ng Sze Han menyatakan bahawa meletakkan gambar YDPA di atas sebuah kenderaan tertera bendera PH dibelakangnya merupakan tindakan yang tidak wajar.

Foto: Suara TV

“Saya merujuk kepada laporan media mengenai insiden di mana gambar Yang di-Pertuan telah digunakan semasa kempen Pilihanraya Kecil Kuala Kubu Baharu.
“Dilaporkan gambar diletakkan atas sebuah kenderaan yang membawa sepanduk dan dibelakangnya tertera bendera PH,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Sze Han berkata, pihak mereka tidak pernah memberi arahan kepada mana-mana petugas parti untuk melakukan tindakan tersebut semasa berkempen.

“Sebagai pengarah kempen PH PRK Kuala Kubu Baharu, saya ingin menegaskan pihak kami tidak pernah mengarahkan atau membenarkan tindakan ini oleh mana-mana petugas kempen PH,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya menyedari bahawa perkara itu sedang dalam siasatan polis dan mereka bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk melengkapkan kertas siasatan.

Terdahulu, media melaporkan bahawa pihak polis telah merampas kenderaan pacuan empat roda serta menahan dua individu yang menunjukkan gambar YDPA dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu kempen PRK tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

https://www.facebook.com/abata.perjuanganku/posts/pfbid0TjUpBNjwrevRykVEbPM3UT7ZbSSRoMjRB31XBTN23cJoAhUz54o3fKTCgwfJVBGZl

Walaupun begitu, kedua-dua suspek terbabit dikatakan telah direman selama tiga hari bermula Ahad oleh pihak berkuasa.

Sumber: Malaysia Gazette (Mohd Zaini Samsu Hadi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada...

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Lokal

Seekor gajah betina dipercayai ‘mengamuk’ selepas anaknya mati dirempuh sebuah lori muatan ayam di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, awal pagi tadi....

Bisnes

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co, rancang buang kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd