Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Penjenayah Terlibat Lebih 70 Kes Jenayah Ditembak Mati Di Nilai

Dua lelaki yang disyaki aktif dalam pelbagai kegiatan jenayah termasuk samun bersenjata, pengedaran dadah dan terlibat dalam kumpulan kongsi gelap ditembak mati oleh polis dalam satu kejadian di kawasan tempat letak kereta bangunan Youth City Residence, Nilai, malam tadi.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman (Risikan/Operasi), Datuk Fadil Marsus, berkata kejadian berlaku sekitar jam 10 malam selepas pasukan JSJ mengesan kelibat dua individu dalam keadaan mencurigakan, sebelum berlakunya aksi kejar mengejar yang berakhir dengan insiden tembak-menembak.

Foto: Bernama

“Suspek pertama, lelaki tempatan berusia 40 tahun, mempunyai 76 rekod jenayah lampau, manakala suspek kedua merupakan seorang lelaki berusia 29 tahun memiliki 11 rekod jenayah.
“Polis merampas dua pucuk pistol iaitu pistol separa automatik dan revolver yang dipercayai digunakan dalam jenayah samun dan berkait dengan kegiatan kongsi gelap serta pengedaran dadah.
“Hasil risikan, lebih 70 kes jenayah disyaki berpunca daripada kumpulan ini, melibatkan kawasan sekitar Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor. Kami juga tidak menolak kemungkinan penglibatan mereka dalam kes jenayah kekerasan di kontinjen lain,” katanya.

Foto: Bernama

Turut hadir ialah Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

Susulan kejadian itu, beberapa serbuan telah dilakukan ke atas unit-unit kediaman yang dipercayai menjadi tempat persembunyian kumpulan tersebut.

Hasil siasatan turut mendedahkan kumpulan ini aktif dalam kegiatan samun ke atas rumah, kilang dan premis penyimpanan barangan, khususnya di sekitar Selangor, Negeri Sembilan dan Perak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Bernama

“Suspek bergerak secara mobile dan menjadikan kawasan ini sebagai tempat persinggahan. Mereka menggunakan kenderaan jenis Toyota berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran yang ditukar setiap dua hari bagi mengelak dikesan,” ujarnya.

Operasi memburu baki ahli kumpulan yang masih bebas kini giat dijalankan dan polis percaya lebih banyak tangkapan serta rampasan melibatkan dadah dan wang tunai akan dibuat dalam masa terdekat.

Sumber: Utusan Malaysia (Nur Sharieza Ismail)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Sosial

Dua minggu lalu, Siti Norshahila Balqis Roslan, 19, melangkah penuh semangat ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Ayer Hitam, Jempol dengan senyuman dan lambaian terakhir...

Lokal

Seorang lelaki dilaporkan hilang telah ditemukan meninggal dunia di dalam hutan air terjun di Kampung Teluk Sanau, Baling. Memetik laporan Berita Harian, Ketua Balai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd