Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Dua Minggu Akhir 2023, Rakyat Malaysia Belanja 2 Bilion Baht Di Hatyai

Sejak dua minggu terakhir tahun 2023, rakyat Malaysia dilaporkan telah belanja 2 bilion Baht di Hatyai susulan cuti perayaan dan hujung tahun.

Sehari 20,000 masuk Hatyai

Memetik laporan dari Bernama, sekitar 20,000 orang telah masuk ke daerah selatan Thailand itu sehari sebelum cuti Krismas tempoh hari.

Belanja 2 bilion Baht di Hatyai, tempat penginapan penuh

Hal tersebut sekali gus dianggarkan sebanyak 2 bilion Bath telah disumbangkan kepada ekonomi tempatan dalam tempoh waktu tersebut memandangkan 100 Baht bersamaan dengan RM13.39 mengikut kadar tukaran semasa.

Presiden Persatuan Hotel-Hotel Songkhla Hatyai, Sitthipong Sitthiprapha memaklumkan pada hari biasa sepanjang tahun, Hatyai lazimnya menerima aliran stabil kira-kira 5,000 pelawat Malaysia sehari dan meningkat kepada hampir 10,000 pada hujung minggu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rakyat Malaysia belanja 2 bilion Baht di Hatyai sempena musim percutian

Pada hujung minggu sepanjang musim puncak (Krismas dan tahun baharu 2024) pula, Hatyai menerima kunjungan purata 20,000 rakyat Malaysia sehari, manakala pada hari biasa terdapat kira-kira 10,000 pelawat.

“Ketika sambutan Krismas dan tahun baharu, purata perbelanjaan pelancong Malaysia bagi setiap perjalanan mencecah 10,000 baht seorang.
“Oleh itu, pelancong Malaysia dianggarkan menyumbang kira-kira 2 bilion baht kepada ekonomi Hatyai ketika sambutan Krismas dan tahun baharu ini,” katanya.

Artikel lain: Hatyai Bukan Saingan Langkawi, Pulau Lagenda Masih Dihujani Pelancong

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan yang permintaan hotel di Hatyai berlaku lonjakan yang tidak pernah berlaku dengan penginapan di pusat bandar ditempah sepenuhnya dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Menurut Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand, negara berkenaan menerima 27.25 juta pelancong dengan didahului pelawat dari Malaysia seramai 4.43 juta orang, diikuti China (3.41 juta), Korea Selatan (1.6 juta), India (1.58 juta) dan Russia (1.42 juta), setakat 24 Disember lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara tarikan utama ramai rakyat Malaysia terutamanya berkunjung ke sana adalah disebabkan  pilihan makanan yang enak serta beraneka, akses mudah dan mesra bajet.

Sumber: Bernama

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang lelaki berusia 40 tahun, Mohamed Badruldin Mohamed, dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat selepas mengaku bersalah...

Lokal

Pemenang pingat emas Sukan Para ASEAN Anas Zul Amirul Sidi, terus menjadi perhatian apabila kisah rumah tangganya bersama bekas isteri, Suffi Sofea, terbongkar penuh...

Sosial

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai penampilan lelaki yang berpakaian seperti perempuan lengkap bertudung sehingga mencetuskan perhatian ramai. Fenomena ini tercetus...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menggunakan pendekatan konsep Whole of Government, Whole of Society (WoGoS) bagi meningkatkan kerjasama antara pasukan keselamatan dan masyarakat setempat dalam usaha...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd