Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Diskaun Tol 50 Peratus: Kebajikan Rakyat Terus Dijaga, Kerajaan Tanggung RM20 Juta Sebagai Pampasan

Kerajaan MADANI terus komited menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat dengan mengumumkan diskaun tol 50 peratus dari kadar biasa sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2025 untuk semua kenderaan Kelas 1 (persendirian) pada 27 dan 28 Januari ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata hasil mesyuarat Kabinet yang diadakan hari ini, kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol 50% tersebut di semua plaza tol.

Kerajaan tanggung RM20 juta sebagai pampasan

Kerajaan tanggung RM20 juta

Foto: Bernama

Bagaimanapun, ia tidak termasuk di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).

“Ia selaras dengan agenda Kerajaan MADANI dalam menjaga perpaduan dan kesejahteraan rakyat yang didukung oleh kedudukan kewangan Kerajaan yang kukuh hasil dari program rasionalisasi subsidi serta peningkatan pelaburan dan perdagangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ia sekali gus menunjukkan bahawa kerajaan sanggup menanggung implikasi kewangan sebanyak RM20.08juta untuk membayar balik pampasan kepada Syarikat Konsesi Tol.

Kerajaan tanggung RM20 juta

Foto: Bernama

Malah Nanta berkata, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM356.18 juta sebagai pampasan bagi pelaksanaan bantuan tol percuma musim perayaan sejak dua tahun lalu.

Artikel lain: Kerajaan Setuju Tawar Diskaun Tol 50% Sempena Tahun Baharu Cina

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemberian tersebut secara tidak langsung membuktikan bahawa kerajaan sentiasa mendahulukan rakyat, walaupun berdepan situasi ekonomi global yang tidak menentu dan penuh cabaran.

“Pemberian (diskaun) itu merupakan kesinambungan kepada bantuan tol musim perayaan yang telah sekian kalinya diberikan oleh Kerajaan Madani bagi keempat-empat musim perayaan utama di Semenanjung sejak tahun 2023,” ujar Nanta.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah menengah dalam daerah ini ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan serta penyebaran bahan lucah...

Sosial

Akibat kesempitan hidup, seorang bapa tunggal terpaksa membuat keputusan berat apabila menyerahkan tiga anaknya yang masih kecil ke rumah kebajikan di Perak. Bapa terpaksa...

Sosial

Seorang bapa hanya mampu menahan sebak apabila anak lelakinya yang berusia 14 tahun kini ditahan polis selepas disyaki menikam hingga mati seorang pelajar perempuan...

Lokal

Seorang wanita berusia 51 tahun cedera selepas terperangkap dalam runtuhan bangunan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang susulan ribut kuat yang melanda daerah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd