Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Desak Batal Jual Saham Dalam MAHB, Lebih 8,000 Tandatangan Petisyen ‘Katakan Tidak Kepada BlackRock’

Lebih daripada 8,000 orang memberikan sokongan terhadap kempen ‘Katakan Tidak kepada BlackRock’ dengan menandatangani petisyen dalam talian yang telah berlangsung sejak tiga bulan lalu.

Menerusi laman web www.change.org, kempen tersebut telah bermula sejak 29 Februari lalu dan diterajui oleh BDS dengan tujuan mendesak kerajaan membatalkan penjualan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Tandatangan petisyen ‘Katakan Tidak Kepada BlackRock’

tandatangan Petisyen 'Katakan Tidak Kepada BlackRock'

Menurut laman web tersebut, kerajaan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional akan membentuk satu konsortium bersama Global Infrastructure Partners (GIP) yang beribu pejabat di New York.

GIP bakal memiliki dan mengurus MAHB dalam masa beberapa minggu lagi dan difahamkan firma ini akan diambil alih BlackRock pada suku ketiga tahun 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

tandatangan Petisyen 'Katakan Tidak Kepada BlackRock'

“BlackRock adalah satu syarikat pelaburan yang beribu pejabat di New York. Ia mempunyai pelaburan yang besar di dalam syarikat-syarikat pertahanan yang membentuk ‘military-industrial complex’ Amerika.
“Inilah syarikat yang menghasilkan senjata yang diguna oleh Israel untuk membunuh rakyat Palestin. BlackRock yang beroperasi di Israel sejak 2016 juga mempunyai pelaburan yang besar di dalam negara haram tersebut,” katanya.

tandatangan Petisyen 'Katakan Tidak Kepada BlackRock'

Sementara itu, petisyen ini dijalankan bertujuan untuk mendesak kerajaan membatalkan serta-merta rancangan menjual pegangan saham dalam MAHB kepada GIP.

Artikel lain: Rebut Kawasan Edar Dadah, Tiga Lelaki Termasuk Seorang Putus Pergelangan Tangan

Setakat 11:30 pagi Isnin, petisyen itu sudah mengumpul sebanyak 8,181 tandatangan dan ia menyasarkan untuk meraih lebih 10,000 sokongan.

tandatangan Petisyen 'Katakan Tidak Kepada BlackRock'

Sekadar info, Gerakan BDS Malaysia sebelum ini melancarkan kempen boikot ke atas produk dan jenama terkenal di Malaysia yang mempunyai kaitan dengan Israel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara syarikat pertahanan di Amerika Syarikat yang mempunyai kaitan dengan BlackRock ialah Lockheed Martin, RTX, Northrop Grumman, Boeing dan General Dynamics.

Sumber: change.com

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita yang juga merupakan isteri dengan tenang terjah suami sedang dating dan berlaku curang terhadapnya pada...

Lokal

Polis sahkan penemuan orang awam di celah pokok dalam kebun durian di Jalan Yong Peng-Muar bersebelahan Kompleks Penghulu pada Isnin merupakan rangka manusia dan...

Lokal

Hakim Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi, Shahrul Rizal Majid menasihati ‘Miza Ozawa’ yang menjalankan aktiviti persundalan menerusi aplikasi Telegram supaya pulang ke kampung dan...

Lokal

Pakar penyakit ginjal kronik, Prof. Dr. Ab Aziz Al-Safi Ismail telah menerima sijil daripada Asia Book of Records atas pencapaiannya merawat jumlah pesakit penyakit...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd