Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dera Kanak-Kanak OKU Sehingga Maut, Ibu Kandung dan Bapa Tiri Direman

Seorang wanita warga Indonesia dan suaminya direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kematian tragis seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) fizikal berusia sembilan tahun yang dipercayai menjadi mangsa dera.

Doktor maklumkan ada penderaan fizikal

Menurut laporan Malaysia Gazette, perintah reman sehingga 30 Jun itu dikeluarkan oleh Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman di Mahkamah Majistret Ayer Keroh.

dera

Foto: Malaysia Gazette

Suspek lelaki berusia 38 tahun dan isterinya, 36, tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 9 pagi dengan berpakaian lokap jingga, sebelum dibawa keluar sejam kemudian.

Mangsa, anak kedua daripada tiga beradik dan berketurunan Murut, dilaporkan mengalami kecacatan fizikal yang menyebabkan dia tidak mampu berjalan.

Artikel lain: Alami Cedera Parah, Kanak-Kanak Maut Disyaki Jadi Mangsa Dera Bapa Tiri & Ibu

Advertisement. Scroll to continue reading.

Insiden menyayat hati ini terbongkar apabila pihak polis menerima panggilan daripada seorang doktor di sebuah hospital swasta di Bandar Hilir, sekitar jam 9.45 pagi semalam.

Doktor berkenaan memaklumkan terdapat tanda-tanda penderaan fizikal ketika mangsa dibawa mendapatkan rawatan oleh bapa tirinya yang berasal dari Sabah dan bekerja sebagai pembantu kedai makan.

“Hasil pemeriksaan menunjukkan mangsa mengalami patah kaki serta kesan lebam di beberapa bahagian kepala dan badan,” katanya.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia di wad kecemasan hospital tersebut tidak lama selepas tiba.

dera

Foto: Kosmo!

Susulan kejadian, pihak polis turut menahan ibu kandungnya untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber:  Malaysia Gazette (Reza A Hamid)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd