Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Demi Nampak ‘Montel’, Pengasuh Campur Steroid Dalam Minuman Anak Majikan

Seorang pengasuh kanak-kanak yang dikenali sebagai NB, bertindak memberikan ubat steroid kepada anak majikannya dalam kejadian baru-baru ini di Surabaya, Jawa Timur, Indonesia.

Foto: Instagram linggra.k

Menurut laporan detik sumbagsel, Pengarah Siasatan Jenayah Polis Daerah Jawa Timur, Farman berkata, suspek wanita mengakui bahawa dia memberi ubat steroid jenis dexamethasone dan pronicy untuk memastikan kanak-kanak tersebut menjadi ‘montel’.

Farman menjelaskan NB disyaki telah memaksa kanak-kanak malang itu memakan ubat-ubatan tersebut sejak berusia setahun sehingga dua tahun tiga bulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejadian terbabit berlaku semasa NB bekerja sebagai pengasuh di rumah majikannya di Daerah Tenggilis Mejoyo, Surabaya.

Foto: Instagram linggra.k

NB mengaku membeli ubat tersebut di platform e-dagang sejak September 2023 dan menyatakan ubat-ubatan itu adalah untuk meningkatkan selera makan.

Difahamkan, dia akan menghancurkan sebiji pil besar berbentuk bujur dan sebiji pil berbentuk pentagon, kemudian mencampurkannya ke dalam minuman mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Instagram linggra.k

Menurut keterangan ibu mangsa, LK, anaknya pernah mengalami selsema pada Disember 2023. Namun apabila diperiksa, doktor sebaliknya menyarankan agar berat badan mangsa dikurangkan atau berdiet kerana beratnya mencecah 20 kilogram dan dianggap berlebihan untuk kanak-kanak berusia dua tahun.

Selain mengalami berat badan berlebihan, mangsa juga mengalami bengkak pada bahagian muka dan tubuhnya.

Foto: Instagram linggra.k

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ibu mangsa akhirnya mengetahui tentang perbuatan NB selepas pembantu rumah lain, SS, menemui serbuk ubat tersebut dalam gelas minuman mangsa.

Pada mulanya NB mengaku ia adalah ubat pelangsingan badan, namun LK mendapati bahawa ia sebenarnya adalah steroid.

Pihak polis telah mengambil keterangan daripada 12 orang saksi, termasuk keluarga mangsa, suspek, saksi lain, pakar undang-undang jenayah, serta pakar kanak-kanak dan farmasi klinikal.

Pada 27 September lalu, NB telah ditahan atas tuduhan melakukan keganasan fizikal dalam lingkungan rumah tangga serta menjalankan amalan perubatan tanpa keahlian serta kebenaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: detik sumbagsel

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Lokal

Di saat orang ramai hanya mampu menjerit dari pesisir pantai, Wira TLDM, Leftenan Komander Mohd Firdaus Arbaain memilih untuk bertindak. Wira TLDM  terima pingat...

Lokal

Seorang ejen insurans direman dua hari selepas disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel seorang guru wanita yang juga merupakan madunya dalam kejadian yang berlaku...

Lokal

Selepas lebih empat dekad berkhidmat sebagai jurubahasa isyarat, Tan Lee Bee, 64, akhirnya menerima Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd