Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Datang Jumpa Peminat Malaysia, BamBam Puji Musang King – “Manis Dan Tak Terlalu Pahit”

Penyanyi asal Thailand, BamBam berkongsi pengalamannya menikmati durian di Malaysia merupakan satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan disamping puji Musang King.

Menerusi satu video temu bual yang dimuat naik di Instagram Astro Gempak, BamBam yang juga merupakan ahli kumpulan K-Pop Got7  berkata durian Musang King sangat sedap.

BamBam puji Musang King

BamBam Puji Musang King

Dalam pada itu, BamBam turut berkongsi dia diberi peluang untuk membelah sebiji Musang King baru-baru ini dan penyanyi itu sangat menghargai pengalaman berkenaan.

“Musang King sangat sedap. Ia sangat manis dan tak pahit sangat. Mereka juga memberikan saya peluang untuk kopek dan buka sendiri durian itu.

BamBam Puji Musang King

“Ia merupakan pengalaman yang sangat bermakna. Shout out kepada Malaysia sekali lagi,” katanya.

Artikel lain: Suspek Kes Nur Farah Kartini Direman Hari Ini, Jenazah Dijangka Dibawa Pulang Ke Miri

Advertisement. Scroll to continue reading.

BamBam mengulas mengenai video dirinya sedang menikmati buah durian yang dimuat naik menerusi media sosialnya ketika tiba di Kuala Lumpur.

BamBam Puji Musang King

Menerusi video tersebut, BamBam kelihatan seperti sudah biasa mengopek durian dan menepuk buah berkenaan menggunakan pisau sebelum membukanya.

Sebaik mengopek durian berkenaan, BamBam menghidunya sebelum memasukkan sebiji buah ke dalam mulutnya kemudian menunjukkan reaksi suka terhadap rasanya.

Sebelum ini, BamBam hadir pada acara Redmi Note 13 Iconic Fan Meet yang diadakan di Pavilion, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebaik sampai ke Malaysia, BamBam tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan peminat, selain memberi melayani peminat bertuah untuk bergambar bersamanya.

Sumber: Astro Gempak, Instagram BamBam

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Nasional

Barisan kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disaran lebih peka terhadap sebarang perubahan tingkah laku, tekanan emosi dan gejala kemurungan dalam kalangan warga pasukan. Menurut...

Lokal

Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia maut selepas disengat obor-obor ketika mandi di Pantai Cenang, Langkawi pada Sabtu lalu. Memetik laporan daripada Harian Metro, mangsa,...

Sosial

Anak kepada pelakon Fazren Rafi menjadi perhatian warganet apabila gelagatnya berjaya meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan mata pelajaran sains. Menerusi perkongsian di Threads, Fazren...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd