Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Danial Akmal Ditemui Lemah, Ibu Dakwa Anak Lari Asrama Kerana Dibuli

Pelajar sekolah berasrama penuh, Muhammad Danial Akmal Zulkhairi, 14, yang dilaporkan hilang kelmarin berjaya ditemui dalam keadaan lemah.

Remaja berkenaan telah ditemui orang awam di pondok menunggu bas di hadapan Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, dekat sini.

Memetik laporan Sinar Harian, kehilangan pelajar tersebut dipercayai tidak tahan daripada menjadi mangsa buli di asrama.

ditemui lemah

Ibu mangsa, Shuhada Jamaludin, 38, mengakui anaknya telah dibuli dengan teruk dan ia bukanlah kali pertama berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, anaknya yang mesra disapa Enel bertindak nekad untuk melarikan diri dari sekolah pada jam 3 pagi, Khamis.

“Perkara ini telah didedahkan oleh anak saya kenapa dia begitu tekad untuk melarikan diri dari sekolah pada awal pagi itu.
“Enel sudah tidak tahan dan tidak mampu untuk menghadapi perbuatan buli yang sangat teruk dilakukan kepadanya.
“Sebelum ini dia pernah juga dibuli, namun saya dinasihatkan untuk menyelesaikan perkara itu dengan baik dan tidak mendakwa si pelaku,”ujarnya.
ditemui lemah

Maklum Shuhada, anaknya kini sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dalam pada itu, Shuhada berkata, dia tidak dapat memberikan butiran penuh mengenai kejadian buli yang menimpa anaknya. Ini kerana kes tersebut masih dalam proses pihak polis.

Tambahnya, mereka keluarga akan mengambil tindakan undang-undang berhubung kejadian itu.

ditemui lemah

Artikel lain: Anak PM Dakwa Dibuli Pengguna Jalan Raya, Polis Cari Pemandu Proton Iriz

Advertisement. Scroll to continue reading.

Disoal mengenai keadaan anaknya ditemui lemah, Shuhada berkata, Muhammad Danial hanya makan sekali sahaja pada hari pertama sejak melarikan diri dari sekolah.

Jelas Shuhada, anaknya sekadar menjamah roti dan minum air yang diberikan oleh seorang individu.

Difahamkan, Muhammad Danial Akmal melarikan diri dari asrama sekolah sehelai sepinggang dan tidak membawa dompetnya bersama.

Sumber: Sinar Harian (Mohamad Hisyamuddin Ayub), FB Yusri Yunos

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan Kempen Cabutan Simpan SSPN 2026 yang menawarkan hadiah bernilai hampir RM1.4 juta kepada 954 pemenang. Pengerusi PTPTN,...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berkaitan pengurusan sisa...

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd