Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Dakwaan Projek Mega Gagal, UMNO Kedah Sifatkan Sanusi Cuba Lepas Tanggungjawab

Pertubuhan Kebangsaaan Melayu Bersatu (UMNO) Kedah menyifatkan Menteri Besar negeri tersebut, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor cuba melepaskan tanggungjawabnya susulan dakwaan projek mega yang dikatakan gagal dilaksanakan.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berpendapat bahawa Sanusi tidak bertanggungjawab apabila beliau mendakwa projek tersebut tidak berada di bawah kerajaan negeri malah ia milik sebuah syarikat swasta.

Foto: Malaysia Gazette

Beliau turut menyarankan kerajaan negeri agar menggajikan penilai hartanah yang lebih berkelayakan supaya  dapat memberikan penilaian efisien terhadap nilai tanah atau bangunan tersebut memandangkan mereka perlu membandingkan sama ada syarikat itu mampu melabur atau berpotensi sebagai penipu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Budak habis tingkatan 5 pun boleh jadi MB kalau macam ini. Pasukan penilai kerajaan negeri pula sangat lemah.
“Sepatutnya kerajaan negeri dapatkan pasukan penilai hartanah yang profesional, yang boleh membantu menentukan nilai sebidang tanah atau bangunan dan boleh membuat penilaian dengan lebih tepat dan berkesan.
“Pasukan penilai ini jugalah yang sepatutnya menilai syarikat mana berkemampuan untuk melabur dan svarikat mana vang lemah atau berstatus ‘scammer,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, bagi menyelesaikan masalah ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri ini perlu bersikap lebih realistik lebih-lebih lagi dengan pemerintahan di bawah kepimpinannya itu dilihat tidak bertanggungjawab dan cenderung membuat pengumuman yang tidak masuk akal.

Foto: Utusan Malaysia

“Kerajaan negeri di bawah Muhammad Sanusi sentiasa bersikap melepaskan batuk di tangga. Bersikap sambil lewa, ambil kesempatan buat pengumuman itu, pengumuman ini walaupun hakikat yang sebenarnya initiatif dan projek yang diumumkan itu tidak realistik dan sememangnya tidak masuk akal.
“Muhammad Sanusi adalah seorang menteri besar yang lemah dan suka mencari alasan. Pelabur lari, gaji tertunggak, stadium tak siap, REE tapi ini alah bisa tegal biasa, Sanusi akan menyalahkan orang lain atas kegagalan dia termasuk dalam hal ini Sanusi kata ini projek swasta bukan projek kerajaan. Tak pandai menari dikatan lantai berjungkit,” ujarnya.

Terdahulu, Sanusi telah menafikan dakwaan segelintir pihak yang menyatakan kerajaan negeri gagal melaksanakan projek tersebut kerana beliau berpendapat kemajuannya sedikit perlahan disebabkan oleh komitmen syarikat terlibat yang perlu mengutamakan kos operasi syarikat masing-masing.

Sumber: Malaysia Gazette (Muhammad Azizul Osman)

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial mencuri perhatian warganet selepas berkongsi satu video di platform Threads ketika ingin membuka blindbox bersama pengikutnya. Namun, suasana berubah tegang...

Sosial

Luahan rindu seorang ibu, Amelia Kartika Mappatata yang kehilangan puteri tunggalnya Chempaka Alara Azizi mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Dandan rambut jadi momen...

Sosial

Siapa sangka, pencuci mulut ikonik Malaysia kini boleh ditemui jauh di bumi Sweden. Ais kacang RM28 Baru-baru ini, tular di TikTok menerusi perkongsian @wawawandering...

Lokal

Polis mengesahkan menerima laporan daripada pakar patologi forensik, Dr Jessie Hiu, yang mendakwa menerima ugutan susulan keterangannya dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd