Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dakwa Peruntukan Dilencong, Polis Siasat Wan Ahmad Fayhsal

Polis membuka kertas untuk siasat Ahli Parlimen (MP) Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal susulan menerima lima laporan berhubung kenyataan peruntukan dilencongkan.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Machang Ahmad Shafiki Hussin berkata MP Machang itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah dana Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Polis siasat Wan Ahmad Fayhsal susulan kenyataan peruntukan dilencong

Foto: Malaysiakini

“Susulan kenyataan Ahli Parlimen Machang mengenai peruntukan yang dilencongkan, polis Machang menerima lima laporan polis semalam dan kelmarin.
“Laporan polis dibuat oleh pihak terbabit kerana ketidakpuasan hati berkaitan kenyataan Ahli Parlimen berkenaan selain mahu membersihkan imej mereka.
“Susulan itu, pihak polis membuka kertas siasatan dan siasatan sudah dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Shafiki turut menasihati orang ramai dan pihak tertentu untuk tidak menggunakan kemudahan rangkaian telekomunikasi media untuk menyebarkan isu yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, wakil daripada tiga parti politik dalam Kerajaan perpaduan dan wakil Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Parlimen Machang memfailkan laporan terhadap MP Machang.

Naib Ketua UMNO Bahagian Machang, Mohd Fakaaruddin Ismail berkata beliau memfailkan laporan bersama wakil dari AMANAH serta PKR selepas MP Machang membuat kenyataan itu.

Menurut Fakaaruddin, pihaknya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan MP Machang itu dan menyifatkannya sebagai fitnah dan berniat jahat selain mempunyai pandangan serong terhadap parti-parti politik Kerajaan Perpaduan.

Polis Siasat Wan Ahmad Fayhsal

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, MP Machang mendakwa peruntukan yang sepatutnya diterima wakil rakyat sudah dilencongkan dengan menyalurkannya kepada parti politik yang menyokong Kerajaan Perpaduan.

“Sebenarnya peruntukan Ahli Parlimen pembangkang dilencongkan kepada parti-parti politik (yang menyokong) kerajaan (Perpaduan). Macam di Machang, yang dapat sebenarnya adalah ketua kampung daripada UMNO, ketua kampung PKR dan (Parti Amanah Negara) AMANAH.
“Kita tidak tahu (bagaimana) perbelanjaan) daripada ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) yang sampai kepada mereka ini diaudit macam mana,”
“Jadi sebenarnya bila sampai kepada kami, Ahli Parlimen yang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU)… Peruntukan yang masuk dalam akaun kami audit, kami laporkan apa dan berapa yang kami belanjakan,” ujar MP Machang pada satu sdaing media di luar Parlimen pada Isnin.

Sumber: Harian Metro (Nor Fazlina Abdul Rahim)

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sukan

Mahkamah Timbang Tara Sukan, Court of Arbitration for Sport (CAS) memutuskan tujuh pemain warisan negara dikenakan penggantungan selama 12 bulan, namun larangan itu hanya...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd