Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Cristiano Ronaldo Manusia Pertama Capai Jumlah Pengikut 1 Bilion – “Kita Berjaya Cipta Sejarah!”

Pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi bualan dunia susulan kejayaan capai jumlah pengikut di semua media sosial sebanyak 1 bilion.

Menerusi satu hantaran di X, Ronaldo meraikan kejayaan itu dan berkata dia bersama-sama pengikut di semua media sosial termasuk peminatnya telah mencipta sejarah.

Cristiano Ronaldo capai jumlah pengikut sebanyak 1 bilion

Cristiano Ronaldo Capai Pengikut 1 Bilion

“Kita berjaya cipta sejarah, satu bilion pengikut! Ini bukan sekadar nombor, tetapi ia adalah bukti kepada semangat, kemahuan dan kecintaan yang dikongsi bersama terhadap sukan ini dan perkara lain,” katanya.

Ronaldo mempunyai 113 juta pengikut di X, 638 juta pengikut di Instagram, 170 juta pengikut di Facebook dan laman YouTube yang dilancarkan baru-baru ini juga telah meraih 60 juta pengikut.

Cristiano Ronaldo Capai Pengikut 1 Bilion

Pemain Al-Nassr itu juga berterima kasih kepada peminatnya di seluruh dunia dan mengimbau perjalanan budak lelaki dari Madeira sehingga menjadi salah seorang pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Ronaldo Lancar Saluran YouTube, Berjaya Pecah Rekod Dunia

“Dari jalanan di Madeira hingga ke pintas terbesar di dunia, saya sentiasa bermain untuk keluarga dan anda, dan sekarang 1 bilion daripada kita berdiri bersama. Anda bersama saya di setiap langkah, susah dan senang.
“Perjalanan ini adalah perjalanan kita, dan bersama, kita buktikan tidak ada had dalam apa yang mampu kita capai. Terima kasih kerana terus mempercayai saya, di atas sokongan anda dan menjadi sebahagian daripada kehidupan saya.
“Yang terbaik masih belum tiba dan kita akan terus berusaha, memenangi dan mencipta sejarah bersama-sama,” ujarnya.

Cristiano Ronaldo Capai Pengikut 1 Bilion

Antara pencapaian terkini pemenang lima kali Ballon d’Or itu ialah meledak gol ke-900 dalam kariernya ketika mewakili Portugal di Liga Negara-Negara UEFA.

Sumber: X Cristiano Ronaldo

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada...

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Bisnes

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co, rancang buang kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada...

Sosial

Seorang penganut Hindu sebak apabila mengetahui bahawa tragedi melibatkan pemergian sembilan orang anggota keselamatan berlaku selepas mereka bertugas di perayaan Chitra Pournami di Hilir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd