Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Cadangan Wujud Menteri Hal Ehwal Bukan Islam Boleh Timbul Keresahan – Pemuda Amanah Perak

Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mempersoal cadangan ahli parlimen kerajaan untuk memecahkan portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada dua bahagian berasingan bagi Islam dan bukan Islam.

Cadangan wujud menteri hal ehwal bukan Islam?

Menurut laporan Sinar Harian, Timbalan Ketuanya, Ahmad Munzirie Ahmad Kabir menegaskan bahawa cadangan tersebut tidak perlu dipertimbangkan memandangkan sudah wujudnya Kementerian Perpaduan yang menguruskan hal ehwal perpaduan termasuk isu-isu berkaitan masyarakat berbilang kaum dan agama.

menteri hal ehwal bukan Islam

Foto: Malaysia Gazette

Ahmad Munzirie berkata, cadangan tersebut seolah-olah tidak mengambil kira struktur pentadbiran sedia ada yang telah terbukti berkesan dalam mengurus kepelbagaian agama di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pemuda Amanah Perak memandang serius cadangan untuk memisahkan portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada dua bahagian berasingan.
“Walaupun cadangan ini mungkin dibuat dengan niat baik, namun ia boleh menimbulkan keresahan dan mudah dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Artikel lain: Zakir Naik Ada Tauliah Rasmi Mengajar Agama Di Perlis Dari MAIPS

Beliau menjelaskan, ahli politik yang matang perlu lebih bijak memilih isu yang hendak dibangkitkan dalam Dewan Rakyat.

“Dalam suasana politik semasa yang masih sensitif dengan isu-isu perkauman dan agama, sebarang cadangan yang melibatkan struktur pentadbiran hal ehwal agama perlu dibuat dengan lebih berhati-hati.
“Kita tidak mahu perkara yang sepatutnya dibincang secara harmoni menjadi modal untuk pihak tertentu mencetuskan ketegangan dalam masyarakat,” ujarnya.

Cadangan ini sebelumnya telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui semasa membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, dengan alasan untuk memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini dan memastikan tiada pihak yang terpinggir.

Sumber: Sinar Harian (Saifullah Ahmad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Ibu kepada pendaki Allahyarham Mustaqqeem Mansor, Rohani Saad, 64, meluahkan rasa terkilan selepas anak sulungnya meninggal dunia akibat kesejukan melampau sebelum mayatnya ditemui di...

Lokal

Kes pembunuhan 2 beranak di Kampung Sekolah Juru, Pulau Pinang terus menjadi tumpuan apabila suami kepada mangsa kini direman selama tujuh hari bagi membantu...

Sosial

Sebuah pergaduhan membabitkan lima wanita di sebuah taman perumahan di Bukit Gambir, Tangkak, tular di media sosial semalam, dengan penyodok sampah, penyapu dan gayung...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd