Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Budak Lelaki Menang Kambing, Cuma Main Lato-Lato Dua Jam Tanpa Henti

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun berjaya memenangi hadiah utama seekor kambing setelah menewaskan ratusan peserta lain dalam pertandingan lato-lato di daerah Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia.

Pemilik nama Chesta Khadafi berasal dari Sedati ini merangkul gelaran juara selepas bermain lato-lato tanpa henti selama dua jam tujuh minit di pentas final.

Difahamkan, pertandingan yang berlangsung di Desa Siwalanpanji disertai 300 peserta berumur enam hingga 16 tahun dan kesemuanya.

Menariknya, pertandingan ini tidak membenarkan para peserta membawa lato-lato sendiri, sebaliknya mereka perlu menggunakan lato-lato yang disediakan oleh pihak pengurusan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Muhammad Subeki berkata, pada pusingan penyingkiran peserta perlu bermain lato-lato selama 10 minit sebelum layak ke separuh akhir sambil duduk duduk, mencangkung dan berjalan secara mengundur.

Sementara itu, memetik portal CNN Indonesia, Chesta yang merangkul juara lato-lato berkata, dia telah membuat persiapan dan latihan selama seminggu.

Katanya lagi, dia tidak pernah meletakkan sasaran untuk bergelar juara sepanjang perlawanan tersebut berlangsung, sebaliknya fokus dan sekadar suka-suka.

“Tiada harapan untuk menjadi juara. Sewaktu bertanding, saya hanya fokus bermain lato-lato,”ujarnya.

Pun begitu, Chesta bersyukur dan gembira apabila dapat seekor kambing sebagai hadiah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Memang meletihkan tapi berbaloi. Kambing ini saya hadiahkan kepada kedua orang tua,” katanya lagi.

Sekadar info, lato-lato atau Klakers adalah permainan klasik yang popular di Amerika Syarikat (AS) sekitar 70-an kembali popular di Indonesia sejak Disember lalu.

Sumber: CNN Indonesia

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Lokal

Seramai 21 daripada 33 penyokong Selangor FC yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung insiden berarak dan membakar suar di Jambatan Angkat Kuala Terengganu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd