Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

BSN Dan DBP Jalin Kerjasama Sekali Lagi, Anjur Pertandingan Pantun Lakon 2024

Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Pertandingan Akhir Pantun Lakon 2024.

Ketua Pegawai Operasi BSN, Zarir Mohd Rawi berkata, beliau bersyukur atas kerjasama erat dalam menghasilkan satu program unik yang menggabungkan elemen pantun dan seni lakonan.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada DBP atas kerjasama erat bersama  BSN yang telah membuahkan hasil melalui program unik yang menggabungkan elemen pantun dan seni lakonan ini.” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada Pertandingan Akhir Pantun Lakon 2024 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP, malam tadi.

Zarir berkata, program ini dapat melihat bagaimana warisan seni budaya, pantun dapat terus relevan dan dapat menarik minat golongan anak muda melalui pementasan lakonan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Seiring dengan objektif pertandingan ini, kita dapat melihat bagaimana pantun, yang merupakan warisan seni budaya kita, terus relevan dan dapat menarik minat generasi muda dengan sentuhan moden melalui lakonan pentas”.
“Program seperti ini adalah penting untuk mengekalkan kelangsungan bahasa dan sastera Melayu di tengah arus globalisasi yang semakin mencabar.” ujarnya dalam ucapan pertandingan tersebut. 

Program ini dilaksanakan juga untuk menggalakkan tabiat menyimpan di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya melalui topik pantun lakon yang dipertandingkan.

Bukan itu sahaja, bersempena bulan Oktober disambut sebagai Bulan Tabungan Sedunia, pertandingan ini sangat bertepatan dengan usaha BSN untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan berkaitan simpanan.

Turut hadir dalam pertandingan ini, Ketua Pengarah DBP, Dr. Hazami Jahari, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Tuan Haji Mohd Salahuddin Dato’ Paduka Mohamed, dan Ketua Jabatan Komunikasi Strategik BSN, Pn. Aizurra Mellissa Muzammil.

Peringkat saringan pertandingan ini telah berlangsung pada 22 Ogos hingga 15 September 2024 secara dalam talian melalui medium sosial Facebook, Instagram dan Tik Tok. Sebanyak 41 penyertaan telah diterima dan enam orang peserta terbaik telah terpilih untuk ke peringkat akhir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Juara akan menerima hadiah wang sebanyak RM4,000.00, naib juara akan menerima RM3,000.00 dan tempat ketiga akan menerima RM1,500.00.

Hadiah untuk tiga tempat sagu hati pula berjumlah RM1,000.00 setiap seorang. Selain itu, pemantun terbaik juga akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.00 dan persembahan lakon terbaik akan menerima wang tunai sebanyak RM1,000.00.

Kesemua hadiah bernilai sebanyak RM15,000.00.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Lokal

Dua mangsa yang rentung dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 32, Jalan Tanjung Balau–Sedili awal pagi tadi dikenal pasti sebagai pasangan kekasih. Menurut laporan...

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Lokal

Dalam hidup berumahtangga, kesetiaan dan pengorbanan tidak selalu dibalas dengan penghargaan. Itu yang berlaku kepada Melda Safitri, 33 tahun, seorang isteri dan ibu kepada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd