Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Boleh Jadi Pasangan Sepadan, Nick Cannon Nak Anak Ke-13 Dengan Taylor Swift

Pelawak dan pengacara, Nick Cannon menyimpan hasrat mahu memiliki cahaya mata yang ke-13 bersama penyanyi popular, Taylor Swift.

Menurut laporan E Online, pada awalnya Nick enggan mahu menambah lagi zuriat yang sedia ada namun, dia akan berubah fikiran jika Taylor mahu mempunyai cahaya mata bersamanya.

Perkara tersebut didedahkan oleh Nick disebabkan hubungan percintaan Taylor sudah terlerai di pertengahan jalan bersama dengan bekas kekasihnya, Joe Alwyn selepas enam tahun bercinta.

“Taylor seorang penulis lagu yang hebat. Apa yang saya suka tentang Taylor adalah dia seorang yang terbuka dengan pelbagai genre muzik,” katanya.

Jelas pelawak yang berusia 42 tahun itu lagi, pengalaman percintaan yang sama diantara mereka membuat Nick berasa mereka boleh menjadi pasangan yang serasi kelak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya fikir kami serupa, kami pasti dapat jadi pasangan yang baik kerana saling memahami antara satu sama lain,” ujarnya.

Sekadar info, Nick pernah mendirikan rumah tangga bersama dengan penyanyi Mariah Carey pada 2008 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan pasangan kembar yang kini berusia 11 tahun.

Nick menjadi perhatian ramai apabila dia berjaya menghamilkan enam wanita sehingga memiliki 12 orang anak selepas berpisah dengan bekas isterinya.

Sumber: E Online (Gabrielle Chung)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd