Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Bilangan Kanak-Kanak Perlukan Perlindungan Meningkat Drastik Tahun Lalu – KPWKM

Bilangan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan meningkat secara drastik tahun lalu iaitu sebanyak 8,041 orang (18.77%) berbanding 6770 orang (10.19%) pada tahun 2022 dan 6144 orang (4.88%) pada tahun 2021.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkata, penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak (JPKK) dapat menangani isu keselamatan dan kebajikan kanak-kanak selain menyediakan perkhidmatan berkualiti berlandaskan kepada aspek pencegahan, pembangunan, perlindungan, pemulihan serta pengintegrasian.

“Penubuhan jabatan itu adalah selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan Bajet 2023 pada 24 Februari 2023,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, menterinya Datuk Seri Nancy Shukri telah menyempurnakan majlis perasmikan JPKK di Putrajaya selepas ditubuhkan sejak 1 September 2013 bagi menggantikan Bahagian Kanak-Kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, JPKK melalui Pemerkasaan Perlindungan dan Pemeliharaan Kanak-Kanak telah melaksanakan pelbagai inisiatif sepanjang hampir setahun penubuhannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Antaranya pengukuhan peranan masyarakat dan Community Based Organisation (CBO), Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-Kanak dan Pembangunan Garis Panduan Keselamatan Kanak-Kanak di TASKA.
“Sejak penubuhan, JPKK juga telah menerima kemasukan seramai 153 pegawai pelbagai skim dan gred secara berperingkat bagi memperkasa perkhidmatan JPKK di seluruh negara,” ujarnya.

Selain itu, JKM melalui JPKK sedang dalam tindakan melaksanakan semakan semula pindaan terhadap Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] dan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308].

Special Project Team (SPT) telah dilantik bagi memastikan pindaan dapat dibuat secara komprehensif dan efektif dengan mengambil kira kepakaran serta pandangan daripada pihak-pihak berkaitan.

Pada majlis sama, turut diadakan sesi penyampaian watikah pelantikan SPT yang terlibat dengan Pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] dan Pindaan Akta Taska 1984 [Akta 308].

“Pencalonan ahli SPT ini terdiri daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, ahli akademik, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pemain industri yang mempunyai pengalaman serta kepakaran dalam bidang kanak-kanak.
“KPWKM yakin dengan penubuhan dan pemantapan operasi JPKK ini dapat memperkasakan perkhidmatan kepada kumpulan sasar kanak-kanak di negara ini,” katanya lagi.
Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Written By Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Bekas pelumba negara yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias disahkan maut dengan 12 kesan tetakan. Memetik laporan...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Nasional

Seramai 500 usahawan tani menghadiri Konvensyen Usahawan Agro MADANI (KUAM) 2024 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang pada Khamis. Ia sempena Pameran Pertanian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd