Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Berang Dituduh Mandul, Dewi Perssik Mahu Buat Rawatan IVF

Penyanyi sensasi Dewi Perssik berang apabila dia dituduh mandul dalam beberapa video yang dimuat naik netizen yang membicarakan tahap kesuburannya dan tekad mahu buat rawatan persenyawaan in vitro (IVF).

Memetik laporan detikhot, Dewi baru-baru ini telah menunjukkan foto ultrasound dan menjelaskan tindakannya itu tercetus susulan komen netizen yang menggelarnya mandul.

Dewi Perssik mahu buat rawatan IVF selepas difitnah netizen

Dewi Perssik Mahu Buat Rawatan IVF

“Awalnya, saya tak ambil peduli. Biarlah orang cakap macam-macam. Sampailah ada video di TikTok bercakap tentang bekas-bekas suami saya.
“Bekas-bekas suami saya sekarang dah anak cahaya mata selepas berkahwin dengan orang lain tapi dengan saya tiada. Akhirnya, lama-lama saya terganggu,” katanya.

Pada masa yang sama, penyanyi berusia 39 tahun itu sekali lagi menegaskan bahawa dia tidak mandul disamping memaklumkan telah membekukan telurnya untuk digunakan selepas berkahwin nanti.

“Saya ambil keputusan untuk melakukan IVF sebab buat masa sekarang saya masih belum bertemu pasangan yang sesuai. Jadi terbuktilah yang saya subur dan sihat.
“Saya bekukan telur saya supaya dapat janin itu semasa saya masih muda. Saya telah bekukan sebanyak tujuh telur,” ujarnya.

Dewi Perssik Mahu Buat Rawatan IVF

Tambahnya lagi, dia menjalani pemeriksaan ultrasound kerana walaupun kuat tetapi dia berasa letih secara mental dan sudah tidak tahan terhadap fitnah daripada netizen.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya manusia biasa, ada sisi saya yang sangat penat. Akhirnya saya datang berjumpa doktor. Saya juga hampir-hampir percaya yang saya ni betul-betul mandul,” luahnya.

Dalam pada itu, Dewi turut meminta netizen untuk berhati-hati ketika berbicara kerana dia yakin, bukan dia sahaja yang tidak suka jika difitnah sebegitu.

Dewi Perssik Mahu Buat Rawatan IVF

“Sampai satu tahap ini saya letih, fitnah tak sedap didengar. Kita tak selamanya kuat dari segi mental, pastinya akan penat.
“Kata saya mandul, kata saya pernah gugurkan anak. Jangan buat macam tu dengan perempuan lain,” ujarnya.

Sumber: detikhot

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd