Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bendera Terbalik Di SJKC Dipasang Pekerja OKU – Adun

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Choo Ken Hwa menjelaskan insiden Jalur Gemilang dipasang terbalik di sebuah sekolah di Port Dickson berlaku tanpa sengaja oleh seorang pekerja orang kurang upaya (OKU).

Menurut laporan Kosmo!, beliau berkata, pekerja yang mempunyai masalah mental itu ditugaskan untuk memasang bendera berkenaan, namun secara tidak sedar memasangnya dalam keadaan terbalik.

bendera

Foto: fmt

Artikel lain: Jalur Gemilang Dipasang Terbalik, SJKC Chung Hua Tampil Mohon Maaf

“Pekerja ini OKU akal, mentalnya kurang sedikit. Dia yang memasang bendera lama itu dan tidak perasan ia terbalik. Selepas dimaklumkan orang ramai, pihak sekolah terus menurunkannya.
“Saya rasa ini kesilapan kecil dan boleh dimaafkan. Saya juga berharap isu ini tidak terus diviralkan kerana ia sudah diselesaikan,” katanya.
bendera

Foto: Kosmo!

Ken Hwa berkata, beliau sendiri turun padang pada hari kejadian bagi menyelaras penyelesaian bersama pihak Lembaga Pengelola, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pentadbiran sekolah.

Semalam, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Port Dickson memohon maaf secara terbuka menerusi kenyataan bersama Lembaga Pengelola, PIBG dan pihak sekolah berhubung kes tersebut.

Sumber: Kosmo! (Nor Aina Hamzah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd