Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Bencana Banjir: Harga Beras Import Turun Tampung Kekurangan – Mat Sabu

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menampung kekurangan bekalan beras akibat banjir menerusi penurunan harga beras import yang berkuat kuasa mulai semalam.

Foto: Astro Awani

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sektor penanaman padi adalah yang paling terjejas akibat banjir, diikuti oleh sektor sayuran, penternakan dan pemeliharaan ikan.

Harga beras import kini berada pada paras RM2,800 per tan metrik, menurun daripada RM3,200 hingga RM3,300 sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jadi, kemungkinan kekurangan beras ini kita akan tampung dengan beras import yang turun harga dan berada pada harga yang baik di pasaran antarabangsa ketika ini.
“Harga import ini boleh naik kepada RM3,200 hingga RM3,300 (per tan metrik) tetapi kini berada pada paras RM2,800,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan dan menerima taklimat situasi semasa banjir negeri di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, Pasir Mas pada Ahad.

Beliau yang mesra dipanggil sebagai Mat Sabu menjamin penurunan harga tidak akan memberi kesan kepada pesawah kerana produktiviti beras tempatan masih mencapai 56 peratus daripada pasaran.

Malah, KPKM mensasarkan peningkatan produktiviti sehingga 61 peratus dalam tempoh terdekat.

Kemarau panjang di Kelantan dalam dua musim padi sebelumnya telah menyebabkan kekurangan bekalan sebanyak empat peratus di seluruh negara dan banjir kali ini dijangka akan menambah lagi kekurangan bekalan tersebut.

Kerugian sektor pertanian di Kelantan dianggarkan mencapai RM16 juta, dengan aktiviti pertanian yang melibatkan keluasan 4,800 hektar terjejas.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Oleh itu, kementerian melalui KADA dan agensi lain akan mendapatkan maklumat yang tepat mengenai situasi ini bagi membolehkan bantuan disalurkan kepada para petani, khususnya pesawah padi. 
“Perancangan awal bagi pesawah padi yang mempunyai skim sendiri adalah pembayaran bantuan pada kadar RM1,000 hingga RM1,800 sehektar, bergantung kepada umur padi,” ujarnya.

Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) telah bersetuju menurunkan harga jualan beras putih import di Semenanjung Malaysia daripada RM3,000 kepada RM2,800 per tan metrik.

Mohamad sABU menegaskan bentuk bantuan akan disesuaikan mengikut keadaan semasa dan peruntukan yang tersedia.

Sumber: Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd