Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Belanjawan 2023: Kerajaan Lepaskan 130,000 Rakyat Daripada Status Muflis

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  hari ini memaklumkan kerajaan menyasarkan 130,000 rakyat dilepaskan daripada status muflis setelah pindaan Akta Insolvensi 1967 diluluskan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, akta tersebut akan dipinda supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik pada masa yang singkat.

Jelas beliau, sementara menunggu pindaan tersebut diluluskan, kes-kes kecil yang mempunyai hutang kurang daripada RM50,000 dan memenuhi syarat akan dilepaskan serta-merta mulai 1 Mac ini.

“Rakyat yang diisytihar muflis berhak punyai peluang kedua. Setakat Januari, lebih 260,000 kes muflis telah direkodkan.
“Ia turut melibatkan anak-anak kita majoritinya Melayu yang mempunyai potensi menyumbang kepada ekonomi negara,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Bantu golongan banduan

Selain itu, Ahli Parlimen Tambun turut menyatakan golongan banduan turut menerima kepentingan daripada pembentangan Belanjawan 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut beliau, mereka ini akan terus diberi latihan secukupnya melalui program Skill for Inmate bagi tujuan asimilasi semula ke dalam masyarakat.

Malah, majikan juga digalakkan untuk menggaji banduan termasuk bekas penghuni Sekolah Henry Gurney dan institusi perlindungan dan pemulihan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta layak mendapat potongan cukai tambahan.

Tambah Anwar, kerajaan akan terus memperkasa Program Agro Penjara untuk banduan terlibat dalam aktiviti pertanian yang dilaksanakan di atas tanah penjara tanah penjara seluas 70 hektar.

Sumber: Sinar Harian (Nazrin Zulkafli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Keputusan seorang ibu berbangsa Cina, Zhu Er Chan untuk menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bukanlah perkara yang asing, memandangkan terdapat...

Dunia

Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropertyLimBrothers (PLB), Melvin Lim dan Naib Presiden, Grayce Tan didapati telah digugurkan daripada halaman kepimpinan syarikat di laman web...

Sosial

Tindakan tiga sekawan yang menjemput seorang pengawal keselamatan makan bersama mereka di sebuah restoran telah berjaya meraih perhatian ramai di media sosial. Menerusi satu...

Sosial

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyuarakan kebimbangan serius berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap beberapa aktivis yang mendedah dan mempersoal aktiviti pencerobohan tanah serta pembinaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd