Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Bebas Tuduhan Rasuah RM3 Juta, Isa Samad Ucap Syukur

Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bersyukur selepas dibebaskan Mahkamah Rayuan daripada sembilan pertuduhan rasuah membabitkan RM3 juta hari ini.

Foto: Malaysiakini

Menurut laporan Malaysiakini, Mohd Isa mengakui lega keputusan itu akhirnya membolehkan beliau dan keluarganya kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

“Terima kasih kepada peguam dan rakan-rakannya (pasukan peguam) kerana telah menjalankan tugas dengan baik, bersusah serta begitu sabar selama enam tahun. Kita syukur kerana mendapat keputusan yang baik,” katanya.

Mohd Isa juga berkata, semua keputusan mahkamah adalah hak insitusi kehakiman dan beliau menerima apa sahaja keputusan selain enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Malaysiakini

Sementara itu, ssterinya Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid berkata, beliau dan anak-anak sentiasa memberi semangat kepada suaminya sepanjang kes berlangsung.

“Keputusan hari ini merupakan satu kemenangan buat kami,” ujarnya.

Foto: Malaysiakini

Apabila ditanya mengenai perancangan untuk menyertai semula politik, Mohd Isa berkata ia bergantung kepada keadaan kerana politik adalah subjektif.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kalau keadaan baik dan memerlukan (saya kembali terbabit politik), saya boleh sertai kembali dan kalau sebagai penyokong parti sahaja, saya tidak berubah.
“Kes pun belum habis lagi, mungkin ada rayuan yang lain, tetapi yang pasti saya adalah penyokong Umno yang taat setia,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Mohd Isa disabitkan bersalah atas pertuduhan rasuah membabitkan RM3.09 juta dalam pembelian Merdeka Palace Hotel& Suites di Kuching, Sarawak dan didakwa melakukan kesalahan itu di Tingkat 49 Menara Felda, Platinum Park, No 11 Persiaran KLCC di Kuala Lumpur antara 21 Julai 2014 dan 11 Dis 2015.

Sumber: Malaysiakini

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Nasional

Persoalan sama ada waris individu Islam yang meninggal dunia perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan akhirnya terjawab. JawatanKuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama...

Sosial

Keikhlasan seorang jururawat menyuapkan makanan kepada pesakit warga emas berbangsa India yang tular di media sosial baru-baru ini membuktikan bahawa ihsan dan kemanusiaan mengatasi...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd