Siapa sangka, dengan hanya menjadi penganjur bas persiaran konsert dapat mendatangkan keuntungan buat Amirul Sufi dalam masa yang singkat.
Menurut temu bual bersama BFM Radio menerusi aplikasi X, dia mendedahkan telah memperoleh keuntungan sekitar RM25,000 ke RM30,000 dengan hanya membawa peminat bintang antarabangsa tersebut ke Singapura untuk menikmati konsert The Eras Tour yang berlangsung baru-baru ini.
Bawa fans pergi tengok konsert Taylor Swift boleh buat sales RM30k sehari geng.
💰🏃 Bu$y Finding Modal – Episode 8 pic.twitter.com/aGmNfiVEQK
— BFM89.9 (@BFMradio) March 9, 2024
“Bukan hanya konsert Taylor Swift, saya turut menyediakan perkhidmatan bas persiaran bagi apa jua konsert yang akan diadakan di Singapura. Saya boleh ‘organise’ untuk membawa peminat bagi penyanyi yang lain sekiranya ada ‘demand’ dari pihak peminat”, katanya lagi.
Ditanya mengenai keuntungan per konsert, Amirul Sufi turut menjelaskan sekiranya pendapatan secara kasar yang didapati sebanyak RM30,000 dalam sehari, maka jumlah pendapatan keuntungan yang diraih adalah sebanyak RM5,000 ke RM6,000.
Sudah semestinya untuk mendapat pulangan yang memuaskan, modal yang perlu dikeluarkan juga adalah bukan nilai yang sedikit. Hasil dari temubual mendapati Amirul telah mengeluarkan modal sebanyak RM10,000 di awal penglibatannya pada ketika itu. Dari keuntungan tersebut, dia gunakan semula sebagai modal untuk trip seterusnya dan begitulah secara berterusan.
Dalam pada itu, rata-rata peminat Taylor Swift atau lebih dikenali sebagai Swifites yang mendapatkan servisnya turut berpuas hati dan berharap agar penganjuran bas persiaran konsert dapat diperbanyakkan untuk memberi kemudahan bagi peminat-peminat untuk melihat kemeriahan konsert idola mereka di Singapura.
Jimat banyak duit & masa!
Sangat prihatin mengenai solat, makan dan lain lain!
Servis memang terbaik!
Semua proses berjalan lancar!
Sebelum ini, konsert jelajah The Eras Tour pada awalnya diadakan pada 2, 3 dan 4 Mac. Namun, Hab Sukan Singapura telah mengumumkan bahawa konsert jelajah The Eras Tour, Taylor Swift telah ditambah tiga hari lagi iaitu dari 7 hingga 9 Mac 2024 untuk menghargai sokongan peminat.
Sumber: X @BFMradio