Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Lelaki Undang Sebak, Bantu Pemandu Tak Cukup Minyak Lewat Malam – “Tadi Isi RM2 Sahaja”

Baru-baru ini tular seorang pengguna jalan raya membantu seorang ibu dan anak-anaknya menolak kereta yang dipercayai telah kehabisan minyak.

Bantu pemandu tak cukup minyak lewat malam

@piqkal22

Malam sabtu dale pukul 12malam kami dari pata irama otw kelik sapa kemayan napok budak kecik 2 ore tolok keto dengan jale gelap gelemak lapu jale takhidup mengucap tengok , terus uturn keto turun tengok rupanya seorang ibu dan 3 anak yang masih kecil lepastu check la keto muga takhidup try jumper takleh pastu tanyo ado minyak tak kak dia oyak ado buh doh sakni 2ya , luluh rasa hati takcukup minyak patut la takhidup .

♬ suara asli – Allginanjar – allginanjar

Bantu pemandu tak cukup minyak lewat malam

Menerusi perkongsian di TikTok @piqkal22, memaparkan dua orang anak kecil menolak sebuah kereta jenis Perodua Kancil di bahu jalan sekitar jam 12 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Malam satu dalam pukul 12 malam kami dari Pantai Irama dalam perjalanan balik di Kemayan nampak dua orang budak kecil tengah tolak kereta dalam keadaan gelap, lampu jalan tak hidup, mengucap kami tengok.
“Kami terus buat pusingan u, turun dan tengok rupanya ada seorang ibu dan tiga anak yang masih kecil. Kami tengok kereta kenapa tak boleh hidup.
“Cuba jumper tetap tak boleh lepas tu kami tanya kereta ada minyak tak, kakak tu cakap ada isi RM2 tadi. Luluh rasa hati bila dapat tahu kakak tu hanya isi banyak tu je, patut lah tak hidup,” kata lelaki itu pada Isnin.

Bantu pemandu tak cukup minyak lewat malam

Dalam pada itu, lelaki tersebut dilihat pergi ke stesen minyak berhampiran membeli bahan api di dalam botol dan sedikit roti sebagai makanan sebelum diberikan kepada keluaraga tersebut.

Lelaki itu memberitahu perkongsian tersebut bukan bertujuan untuk menunjuk tetapi mahu memberi kesedaran kepada orang ramai untuk sentiasa prihatin membantu mereka yang berada dalam kesusahan.

“Saya buat ini bukan untuk meraih populariti tetapi saya nak suruh orang lain menjadi contoh untuk membantu orang dalam kesusahan.
“Dalam masa sama juga orang ramai boleh membantu untuk meringankan beban keluarga ibu tersebut, saya hanya boleh bantu setakat mana saya mampu sahaja,” tambah lelaki itu lagi.

Bantu pemandu tak cukup minyak lewat malam

Artikel lain: Lama Tunggu Tiada Siapa Tolong, Pak Cik Kehabisan Minyak Motor Sebak Dibantu Pemuda Prihatin

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 500,000 tontonan dan menerima lebih 32,00 tanda suka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber:  TikTok (piqkal22)

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Sejak semalam, tular di media sosial beberapa hantaran di media sosial mesej perbualan tak senonoh tersebar antara seorang guru berstatus isteri dengan lelaki yang...

Sosial

Keluarga pengantin ‘mat saleh’ mencuri tumpuan apabila telah hadir ke majlis perkahwinan di Malaysia dengan lengkap berpakaian tradisional sehingga menerima pujian. Keluarga pengantin masing-masing...

Bisnes

Petron Malaysia Refining and Marketing Bhd (Petron Malaysia) merekodkan keuntungan bersih lebih besar sebanyak RM81.03 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 berbanding...

Spotlight

Seorang jurugambar mengambil tindakan undang-undang dengan mengenakan saman kepada penyanyi Jennifer Lopez setelah memuat naik foto dirinya dalam sebuah acara tanpa kebenaran. Jeniffer Lopez disaman...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd