Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Bantah Perang Ke Atas Iran, Pengarah Pusat Perangi Keganasan Kebangsaan AS Letak Jawatan

Pengarah Pusat Perangi Keganasan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), Joseph Kent meletak jawatan semalam sebagai protes terhadap perang yang sedang dilancarkan AS ke atas Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menerusi laporan BH Online, dalam sepucuk surat yang dikongsikan di X, Kent menegaskan:

“Saya tidak boleh menyokong perang yang sedang berterusan di Iran, atas dasar prinsip moral saya,” tulisnya.

Beliau berhujah bahawa Iran tidak menimbulkan ancaman mendadak terhadap AS, dan mendakwa konflik ini tercetus akibat tekanan luaran.

Foto: Getty Images

Veteran yang pernah ditugaskan ke medan tempur sebanyak 11 kali itu turut mengimbau kehilangan peribadinya.

Kent yang menyifatkan diri sebagai ‘suami Bintang Emas’, mendedahkan bahawa isterinya terbunuh dalam perang sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya tidak boleh menyokong tindakan menghantar generasi seterusnya untuk bertempur dan mati dalam perang yang tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat Amerika mahupun kewajaran kepada pengorbanan nyawa rakyat Amerika,” tulisnya lagi.

Foto: Getty Images

Beliau turut mengkritik pegawai Israel dan beberapa tokoh media Amerika, mendakwa mereka mengelirukan pihak pentadbiran serta menyamakan situasi itu dengan Perang Iraq.

“Taktik sama pernah digunakan Israel untuk mengheret kita ke dalam kancah Perang Iraq yang mendatangkan bencana serta meragut nyawa ribuan lelaki dan wanita terbaik negara kita. Kita tidak boleh mengulangi kesilapan ini lagi,” katanya.

Kent juga menggesa Presiden AS, Donald Trump supaya menilai semula hala tuju negara.

“Anda boleh mengubah haluan dan merangka laluan baharu untuk negara kita, atau anda boleh membiarkan kita terjerumus lebih jauh lagi ke arah kemerosotan serta kekacauan. Keputusan berada dalam tangan anda,” ujarnya.

Sumber: BH Online

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd