Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Bantah Kenaikan Gaji? PM Anggap Pengkritik Usaha Kerajaan Sebagai ‘Haprak’

Pengkritik yang membantah usaha pihak kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam dianggap sebagai ‘haprak’.

Menerusi laporan Astro Awani, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa pembentangan berhubung kenaikan gaji penjawat awam pada Belanjawan 2025 akan datang diterima baik oleh ahli parlimen.

Foto: Utusan Malaysia

Selain menegaskan bahawa pihak yang membantah usaha kerajaan itu akan ditewaskan pada pilihan raya akan datang, Anwar turut berpendapat bahawa pengkritik terbabit seharusnya bersabar dengan setiap perincian kerajaan dan bukan bersikap angkuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dia (pengkiritik) kata pengumuman Anwar untuk laksana (kenaikan gaji) pada 1 Disember, mana tahu Parlimen tak luluskan?.
“Saya nak tanya Ahli Parlimen mana yang nak bantah kenaikan? Kalau dia bantah kita humban dia dalam pilihan raya akan datang.
“.. yang dikaitkan ialah kenaikan ini rendah (iaitu) 15 peratus kerana pernah (sebelum ini) mencecah 35 peratus. Sebab itu saya (kata), nak kritik boleh tetapi sabar dulu.. Jangan sombong dan angkuh, jangan dengki,” katanya ketika ditemui hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, meskipun rakyat menyambut baik usaha tersebut, namun masih terdapat pihak yang cuba mencemuh.

Difahamkan, kenaikan tersebut melibatkan peningkatan antara 20 hingga hampir 40 peratus bagi pekerja awal dalam gred rendah tetapi secara keseluruhan, kenaikan umum adalah sebanyak 15 peratus.

Foto: South China Morning Post

Anwar turut membidas pengkritik berkenaan dengan menggambarkan mereka sebagai ‘haprak’ memandangkan pihak kerajaan masih belum mengumumkan butiran terperinci mengenai kenaikan gaji dan masih dalam proses.

“Jadi saya harap jangan dengar (kritikan)… Dia gunakan kononnya (sebab Pilihan Raya Kecil) Kuala Kubu Baharu… Ini tak ada kena mengena dengan Kuala Kubu Baharu. Keputusan itu kita buat awal tahun lagi sebelum Ahli Dewan Undangan Negeri (Kuala Kubu Baharu) meninggal dunia.
“Kemudian kita cakap pengumuman (kenaikan gaji) itu dibuat secara bertahap. 1 Mei (semalam) kita umum secara dasar. Kemudian kalau sempat kita bawa kepada Jemaah Menteri,” ujarnya.

Tambahnya lagi, pimpinan utama parti Kerajaan Perpaduan seperti Datuk Seri Zahid Hamidi (BN-UMNO), Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor telah bersetuju dengan dasar itu.

Sumber: Astro Awani (Hasimi Muhamad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS), Zuhaimi Hashim, 60, menjadi perhatian netizen selepas video detik persaraannya selepas 40 tahun berkhidmat tular di TikTok. Pramugari MAS...

Sosial

Kehidupan Nur Faizah Khalid, 34, atau lebih dikenali sebagai Kakak Naga, berubah 360 darjah sejak namanya meledak di TikTok. Fenomena ini khususnya mendapat sambutan...

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Lokal

Seorang wanita warga asing berusia 24 tahun diberkas polis selepas disyaki memandu secara berbahaya, melanggar tiga penunggang motosikal dan kemudian menyerang orang awam dengan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd