Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Atasi Isu Permukaan Padang, TMJ Sumbang Rumput Hibrid Untuk SNBJ

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) perkenan menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi mengatasi isu permukaan padang teruk, pada pagi ini.

Menurut laporan dari Harian Metro, TMJ memaklumkan pihaknya mendapati rumput hibrid lebih sesuai untuk digunakan di padang seperti di SNBJ berbanding rumput Zeon Zoysia.

Foto: HRH Crown Prince of Johor

“Hasil kaji selidik yang dijalankan di padang SNBJ menunjukkan rumput hibrid lebih memenuhi keperluan stadium pelbagai guna kerana ketahanan dan fleksibilitinya sesuai untuk acara sukan serta bukan sukan.
“Berdasarkan hasil kaji selidik itu dan kejayaan penyelidikan yang dijalankan oleh kelab bolasepak JDT di Larkin, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor akan mendermakan rumput jenis hibrid yang sedang ditanam di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos kepada Stadium Nasional,” katanya.

Baginda juga memberitahu perkara tersebut turut dipersetujui Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh selepas turun padang bagi melihat sendiri keadaan rumput di Stadium Larkin bersama Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor John semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: HRH Crown Prince of Johor

“Rumput Zeon Zoysia yang didermakan oleh Baginda kepada Stadium Nasional sebelum ini akan dibuka dan dipasang di padang Majlis Sukan Negara, KL Sports City.
“Padang itu sering digunakan oleh Sekolah Sukan Bukit Jalil dan pasukan bola sepak negara,” ujar baginda.

Terdahulu, isu permukaan padang SNBJ sering dikritik dan dicemuh peminat kerana keadaan rumput yang dikatakan teruk, mudah tercabut dan tidak rata.

Ia sekali gus menjadi salah satu penyumbang kepada risiko kecederaan pemain serta mengganggu rentak permainan mereka.

Foto: JOHOR Southern Tigers

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penganjuran konsert berskala besar yang berlangsung sebelum ini dikaitkan sebagai punca kerosakan permukaan padang SNBJ apabila pembinaan pentas di buat di atas rumput tersebut walaupun Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah melakukan pelbagai inisiatif bagi mengatasi masalah itu daripada berulang.

Untuk makluman, rumput hibrid merupakan gabungan antara rumput tiruan dengan rumput sebenar yang lebih kuat di bahagian akarnya dan lebih sesuai digunakan untuk stadium pelbagai guna seperi di SNBJ tersebut.

Sumber: Harian Metro (Firdaus Hashim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Sosial

Demonstrasi besar-besaran di Jakarta bukan sahaja mencuri tumpuan tempatan malah turut mengundang reaksi daripada rakyat Malaysia yang tampil menyatakan solidariti dengan cara tersendiri. Indonesia...

Politik

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Hafez Sabri tampil memohon maaf dan mengakui kekhilafan berhubung hantaran di Facebook miliknya yang tular sejak semalam berkaitan cubaan...

Dunia

Seutas jam tangan mewah Richard Mille milik bekas Wakil Ketua Komisi III DPR RI, Ahmad Sahroni, yang diambil semasa pecah rumah pada Sabtu lalu,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd