Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Arab Saudi Umum Syarat Kesihatan Ketat Bagi Musim Haji 1447H/2026M

Kerajaan Arab Saudi mengumumkan syarat kesihatan baharu yang perlu dipatuhi oleh semua bakal jemaah bagi musim haji 1447H/2026M.

Arab Saudi umum syarat kesihatan ketat

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan berkata, syarat tersebut turut akan dikuatkuasakan kepada semua bakal jemaah haji Malaysia bagi tujuan memperoleh visa haji.

syarat kesihatan

Foto: Bernama

Antara syarat utama yang ditetapkan ialah jemaah mesti bebas daripada penyakit berjangkit, penyakit serius atau penyakit kronik yang tidak terkawal, serta berupaya menunaikan ibadat haji secara berdikari.

Jemaah juga dianggap tidak layak sekiranya menghidap penyakit seperti kegagalan buah pinggang kronik, penyakit jantung serius, penyakit paru-paru atau hati kronik, gangguan neurologi atau mental yang menjejaskan fungsi, dementia, kehamilan berisiko tinggi, penyakit berjangkit aktif, serta kanser yang sedang dirawat.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, pihaknya komited memastikan keselamatan, kebajikan dan keselesaan jemaah sentiasa menjadi keutamaan dalam pengurusan operasi haji setiap tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“TH sentiasa memandang serius aspek kesihatan jemaah haji, khususnya ketika berada di Tanah Suci. Setiap tahun, sebahagian besar petugas TH di Makkah dan Madinah terdiri daripada petugas kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya baru-baru ini.
syarat kesihatan

Foto: Bernama

Bagi musim haji 1447H/2026M, TH akan terus menyediakan klinik kesihatan lengkap di semua bangunan penginapan jemaah di Makkah dan Madinah dimana setiap klinik akan menempatkan perkhidmatan pesakit luar dan farmasi yang dikendalikan oleh petugas perubatan bertauliah dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Artikel lain: Tabung Haji Difitnah, Timbalan Menteri Agama Minta Penyebar Segera Bertaubat

Bagaimanapun, TH tidak lagi dibenarkan membuka pusat rawatan khas di Tanah Suci sebaliknya, jemaah yang memerlukan rawatan lanjut akan dirujuk ke hospital-hospital milik Kerajaan Arab Saudi dengan pemantauan rapat oleh pakar KKM.

syarat kesihatan

Foto: Bernama

TH turut merancang menyediakan kemudahan rawatan tambahan di hospital swasta Arab Saudi sekiranya diperlukan selain banyak 225 petugas kesihatan akan digerakkan bagi musim haji tahun hadapan.

Sementara itu, Mustakim menegaskan bahawa keperluan tahap kesihatan yang baik adalah antara syarat utama kemampuan mengerjakan haji (istito‘ah), seperti yang ditetapkan dalam resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan.

“Setiap bakal jemaah perlu lulus pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan KKM sebelum menerima tawaran haji. TH akan terus memastikan jemaah Malaysia mendapat perkhidmatan kesihatan terbaik,” tambah beliau.

Beliau turut menasihatkan bakal jemaah agar membuat persediaan kesihatan lebih awal memandangkan ibadah haji menuntut ketahanan fizikal dalam cuaca panas dan berdebu sepanjang tempoh di Arab Saudi.

Sumber: Facebook TH

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Isteri kepada pemilik sebuah stesen minyak di Kota Bharu, Kelantan meluahkan rasa pilu apabila terpaksa menutup operasi premis berkenaan susulan pemergian suaminya pada 7...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Ojen Aiwah meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa kehidupannya terus diganggu oleh jurulatih kecergasan, Tareq Fit sehingga memberi kesan kepada emosi serta...

Sosial

Sekumpulan kanak-kanak teruja apabila mendapat peluang berjumpa dengan usahawan terkenal, Khairul Aming di hadapan restoran Rembayung milik pempengaruh media sosial tersebut. Menerusi akaun TikTok...

Nasional

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas aset bernilai keseluruhan RM11.4 juta merangkumi wang tunai, jam tangan mewah, emas serta kenderaan mewah berhubung siasatan kes...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd