Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Angkara RM56 Juta, Model Hong Kong Dikerat & Direbus Ahli Keluarga Bekas Suami

Sangat tidak berperikemanusiaan! Seorang model dan pempengaruh terkenal Hong Kong, Abby Choi meninggal dunia dalam keadaan yang menyayat hati.

Memetik laporan The Standard HK, model berusia 28 tahun itu ditemui di sebuah rumah kampung yang didirikan sebagai tapak penyembelihan sebelum menemui anggota badan seorang wanita dalam peti sejuk.

Mencari kepala mangsa

Selepas memecah masuk rumah kampung yang disewa bapa kepada bekas suaminya pada petang Jumaat, mereka turut menemui dua kaki milik seorang wanita dalam peti sejuk dan kad pengenalan mangsa, kad kredit dan barangan lain di dalam rumah itu.

Penguasa Alan Chung berkata, sehingga kini mereka masih mencari kepala mangsa selepas anggota badan model wanita itu ditemui. Dalam pada itu, Alan memberitahu mereka turut menemui alat untuk memotong mayat manusia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Alat yang digunakan untuk memotong mayat manusia ditemui di flat itu, termasuk pengisar daging, gergaji rantai, baju hujan panjang, sarung tangan dan topeng.”ujarnya.

Selain itu, turut ditemui dua periuk rebusan yang dipercayai mengandungi tisu manusia, namun tidak dapat mengesan sama ada ia adalah bahagian kepala, badan atau tangan mangsa.

Keluarga bekas suami terlibat

Perkembangan lain, polis Hong Kong telah membuat tiga tangkapan atas dakwaan bunuh dan kerat model yang baru muncul di muka depan digital majalah fesyen L’Officiel Monaco.

View this post on Instagram

A post shared by Abby Choi (@xxabbyc)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara suspek yang disyaki adalah bapa, ibu dan abang kepada bekas suami Abby dan mereka ini telah ditangkpa dan akan menghadapi tuduhan membunuh. Polis Hong Kong juga mendapati ia melibatkan pertikaian besar yang dihadapi mangsa dengan keluarga bekas suami.

“Kami percaya mangsa dan keluarga bekas suaminya mempunyai banyak pertikaian kewangan melibatkan jumlah yang besar.
“Seseorang tidak berpuas hati dengan cara mangsa mengendalikan asetnya, yang menjadi motif untuk membunuh,” katanya.

Bagaimanapun, bekas suami mangsa masih bebas dan Abby pertama kali dilaporkan hilang pada hari Rabu. Dia didakwa kali terakhir dilihat oleh abang bekas suaminya, yang juga bekerja sebagai pemandunya. Polis berkata, keluarga itu sebelum ini berbohong untuk mengelirukan penyiasat.

Apa yang membuatkan motif pembunuhan model itu adalah rumah kampung yang disewakan baru-baru ini tidak dilengkapi perabot, sebaliknya dibina untuk membuang mayat Abby.

Sumber: Weirdkaya, The Standard HK, CNN

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bapa, ibu dan abang kepada bekas suami Choi telah ditangkap dan akan menghadapi tuduhan membunuh, tambahnya.

Bekas suami mangsa masih bebas.

“Kami percaya mangsa dan keluarga bekas suaminya mempunyai banyak pertikaian kewangan melibatkan jumlah yang besar.

“Seseorang tidak berpuas hati dengan cara mangsa mengendalikan asetnya, yang menjadi motif untuk membunuh,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Choi pertama kali dilaporkan hilang pada hari Rabu.

Dia didakwa kali terakhir dilihat oleh abang bekas suaminya, yang juga bekerja sebagai pemandunya. Polis berkata, keluarga itu sebelum ini berbohong untuk mengelirukan penyiasat.

Rumah kampung itu telah disewa baru-baru ini dan tidak dilengkapi perabot — menguatkan motif ia dibina untuk membuang mayat Choi, tambahnya.

Bapa, ibu dan abang kepada bekas suami Choi telah ditangkap dan akan menghadapi tuduhan membunuh, tambahnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Lokal

Di saat orang ramai hanya mampu menjerit dari pesisir pantai, Wira TLDM, Leftenan Komander Mohd Firdaus Arbaain memilih untuk bertindak. Wira TLDM  terima pingat...

Lokal

Seorang ejen insurans direman dua hari selepas disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel seorang guru wanita yang juga merupakan madunya dalam kejadian yang berlaku...

Lokal

Selepas lebih empat dekad berkhidmat sebagai jurubahasa isyarat, Tan Lee Bee, 64, akhirnya menerima Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd