Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anggota JPJ Digantung Tugas Selepas Pandu Secara Bahaya, Potong Garisan Berkembar

Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) digantung tugas serta-merta selepas tindakannya memandu secara berbahaya menggunakan kenderaan jabatan tular di media sosial, pada Rabu.

Anggota JPJ digantung tugas

Menurut laporan Kosmo!, kejadian yang berlaku di jalan Simpang Pulai, Perak itu dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) oleh pengguna jalan raya sebelum dimuat naik ke media sosial.

anggota jpj

Video berkenaan memaparkan kenderaan JPJ memotong di garisan berkembar sehingga nyaris bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan.

Artikel lain: Ketua Pengarah JPJ Terima Surat Tulisan Tangan Daripada Penerima MyLesen B2

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli dalam satu kenyataan memaklumkan, anggota terbabit telah dikenakan tindakan gantung tugas dan dipindahkan ke jawatan bukan operasi di Ibu Pejabat JPJ sementara siasatan dijalankan.

“Notis saman kepada anggota yang memandu atas kesalahan memotong di garisan berkembar juga dikeluarkan selain dilarang memandu kenderaan jabatan.
“Pihak JPJ memandang serius kejadian itu dan tindakan tegas secara serta-merta dikeluarkan kepada anggota JPJ terlibat,” katanya.

Beliau menegaskan, pihak JPJ memandang serius kejadian itu dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, termasuk anggota sendiri, yang melanggar peraturan lalu lintas.

“Pihak JPJ merakam setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada orang awam yang merakam kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya.
“JPJ menyeru kepada orang awam untuk melaporkan aduan secara terus jika terdapat mana-mana pengguna yang tidak mematuhi peraturan jalan raya dengan menerusi aplikasi MyJPJ e-aduan@jpj atau emel [email protected] berserta butiran lengkap,” ujarnya.

anggota jpj

Insiden berkenaan anggota JPJ tersebut dipercayai berlaku kira-kira jam 10.18 pagi Rabu dan telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen yang rata-rata mengecam tindakan anggota terbabit.

Sumber: Kosmo! (Nurul Izzati Zaini)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Lokal

Lima individu termasuk sepasang suami isteri yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah jenis pil kuda bernilai lebih RM5 juta disambung reman selama tujuh...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd