Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Anak Rahul Dah Besar! Anjali ‘Kuch Kuch Hota Hai’ Selamat Bertunang Dengan Kekasih Hati

Bagi peminat Bollywood, pasti ramai mengenali pelakon cilik yang memegang watak sebagai Anjali iaitu anak kepada Rahul (lakonan Shah Rukh Khan) dalam filem ‘berhantu’ berjudul Kuch Kuch Hota Hai.

Terbaharu, pelakon cilik yang kini sudah meningkat dewasa, Sana Saeed selamat bertunang dengan kekasih hati bernama Csaba Wagnet. Berita baik itu dikongsikan menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

View this post on Instagram

A post shared by Sana Saeed (@sanaofficial)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam video berkenaan, pelakon berusia 34 tahun itu kelihatan cantik memakai busana serba hitam bersama pasangannya. Bertambah romantis, Sana merakam detik bersejarah dalam hidupnya apabila jejaka pilihan hatinya melamar pada malam sambutan tahun baharu 2023.

Selain itu, Sana juga berkongsi beberapa foto dia sedang menunjukkan cincin berlian pertunangan yang terlihat cantik di bahagian jari manisnya.

Untuk rekod, Sana dan Csaba baru sahaja menjalinkan hubungan percintaan. Pun begitu, aktes kelahiran Mumbai kerap berkongsi beberapa foto kekasihya bersama keluarga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram @sanaofficial

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Tular di media sosial satu insiden melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bertongkat yang dilihat berdiri di dalam tren Rapid KL tanpa dipelawa duduk oleh penumpang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd