Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Anak Hamzah Zainuddin Mengaku Tak Bersalah Kemuka Dokumen Palsu

Dua pengarah syarikat termasuk seorang anak kepada bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas sembilan pertuduhan.

Mereka didakwa atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan memiliki barang kawalan minyak masak melebihi had dibenarkan pada tahun lalu.

Menurut laporan Kosmo! Online, tertuduh, Muhammad Faisal Hamzah,39, yang ketika kejadian adalah pengarah syarikat Rimba Merpati Sdn. Bhd bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mazni Nawi.

Manakala, seorang lagi tertuduh, Azizul Abdul Halim, 55 yang juga pengarah syarikat sama ketika kejadian turut berdepan pertuduhan yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh adalah pemegang lesen borong barang kawalan berjadual iaitu minyak masak telah memberikan maklumat palsu dalam Borang Arahan Mengemukakan Dokumen atau Maklumat Berada Dalam Simpanan Berkaitan Barang Kawalan di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 berhubung atau invois penjualan minyak masak kepada Pasar Segar Din Maju dan Warisan Hasil Alam.

Mereka melakukan kesalahan itu lebih kurang jam 5 petang di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Seremban 2 pada 12 Ogos 2022.

Kedua-dua mereka didakwa di bawah Sesyen 8 (4) (b) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Sesyen 22 (2) akta yang sama.

Malah, mereka juga berdepan dengan pertuduhan lain iaitu mereka selaku pemegang lesen borong juga telah didapati melanggar peraturan 9 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu memiliki barang kawalan berjadual jenis minyak masak melebihi had 50.00 MT.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesalahan itu dilakukan pada pukul 11.15 malam di Premis Perniagaan Rimba Merpati Sdn. Bhd. di Kawasan Industri Sinar Andalas, Senawang di sini pada 11 Ogos 2022.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya KPDN, Mohd. Sophian Zakaria tidak menawarkan jaminan tetapi memohon mahkamah untuk menetapkan jumlah jaminan tinggi jika ia diberi kepada tertuduh dengan mengambil kira sembilan pertuduhan terhadap mereka.

Peguam Qurratu ‘Aini Zafirah Mat Shoib yang mewakili kedua-dua tertuduh merayu mahkamah tidak terpengaruh dengan jumlah pertuduhan terhadap tertuduh yangbelum lagi dibuktikan bersalah di mahkamah.

Mahkamah menetapkan jaminan bagi setiap tertuduh RM40,000 dan sebutan semula kes untuk serahan dokumen 7 Jun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! Online(Nor Shafawati Yup)

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita menjadi sebutan di media sosial selepas satu hantaran di Facebook miliknya mencetuskan perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut, wanita berkenaan dilihat menyiarkan semula...

Nasional

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan kononnya beliau ‘mencium pipi’ isteri Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. iaitu Louise Araneta-Marcos ketika menghadiri satu...

Sosial

Dalam suasana penuh debar menanti kehadiran cahaya mata pertama, usahawan dan penulis terkenal, Farah Fakhira, dikejutkan dengan berita pemergian suami tercintanya, Zaidul Ariff, yang...

Sosial

Seorang kakitangan syarikat perbankan RHB yang tular selepas didakwa menghina Perdana Menteri menerusi media sosial telah diberhentikan daripada tugasnya. RHB dalam satu kenyataan memaklumkan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd