Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Amanat Menteri MOSTI 2024: Konsep WGA Ditekankan Agar Isu2 Rakyat Dapat Ditangani

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, YB Tuan Chang Lih Kang telah menyampaikan amanat beliau menerusi Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang berlangsung di Dewan Tun Canselor Universiti Multimedia. 

Dalam ucapan tersebut, beliau memberi penekanan kepada konsep Whole of Government Approach (WGA) iaitu kerjasama pelbagai kementerian dan agensi bagi memastikan isu-isu rakyat dapat ditangani melalui pembangunan STI.

Beri penekanan kepada konsep WGA

Ujarnya, Melalui WGA ini, MOSTI dapat memainkan peranan bersama Kementerian berkaitan untuk meningkatkan penerimagunaan teknologi (technology adoption) dalam sektor-sektor yang berpotensi, memperkasa pembelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta mengenal pasti industri high growth high value (HGHV). 

Beri fokus kepada beberapa bidang

Tak hanya itu, menerusi Amanat 2024 YB Tuan Chang Lih Kang turut memberi fokus kepada beberapa bidang keutamaan iaitu  Hidrogen,  Kecerdasan Buatan (AI), Bioteknologi – Keterjaminan Makanan & Perubatan Jitu (Food Security & Precision Medicine), Ekosistem Syarikat Pemula (Startups Ecosystem) dan Teknologi Angkasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dalam usaha menjadi peneraju ekonomi hidrogen di rantau ini, MOSTI secara aktif sedang membina rangkaian industri bagi mewujudkan ekosistem teknologi hidrogen bagi mencapai sasaran jangka pendek dalam Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR), antaranya mengeksport tenaga hidrogen ke Korea,  Jepun dan Singapura yang bernilai lebih RM20 billion menjelang 2027.
“Justeru, MOSTI akan menjalin kerjasama dengan pihak industri bagi mewujudkan sebuah Mobile Hydrogen Refuelling Station (MHRS) sebagai satu pilot project serta meneroka peluang aplikasi tenaga hidrogen dalam sektor mobiliti,” jelasnya.

Merancakkan ekosistem syarikat pemula tempatan

Dalam pada itu, program-program seperti MYStartup NXT oleh Cradle Fund dan National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) oleh MRANTI akan diteruskan bagi merancakkan ekosistem syarikat pemula tempatan sekali gus mampu mencapai sasaran 5000 startups menjelang akhir 2025, seperti yang digariskan dalam Ekonomi MADANI.

Ini juga akan menyokong inisiatif tetingkap tunggal (single window initiative) (KL20) yang melibatkan kerjasama antara MOSTI dan Kementerian Ekonomi, berperanan sebagai satu tadbir urus baik yang telus dalam menyelaras aktiviti pembiayaan dan pembangunan kapasiti serta meningkatkan prestasi dan visibiliti syarikat pemula niaga tempatan.

Menerajui usaha merakyatkan kecerdasan buatan (AI)

MOSTI turut akan terus menerajui usaha merakyatkan kecerdasan buatan (AI) dengan memastikan pembangunan teknologi yang beretika melalui Garis Panduan Etika AI yang akan dilancarkan pada suku pertama tahun ini.

Garis panduan ini akan melengkapi usaha pengukuhan tatakelola, perundangan dan etika, untuk mengawal selia AI susulan ancaman yang sedia ada dan bakal timbul kesan penggunaannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, kepentingan teknologi AI bagi menerokai peluang ekonomi baharu memerlukan bakat negara yang mencukupi. Oleh itu, MOSTI akan turut memainkan peranan dari segi peningkatan kemahiran atau upskilling, dan latihan kemahiran semula atau reskilling kepada pekerja. 

R&D teknologi tempatan untuk pastikan keterjaminan makanan rakyat

MOSTI komited dalam menyokong usaha untuk memastikan keterjaminan makanan rakyat melalui R&D teknologi tempatan. Tahun ini, MOSTI melalui Agensi Nuklear Malaysia akan meneruskan Kajian Pembangunan Varieti Padi Baharu MOSTI Tahan Iklim, dengan satu (1) lagi varieti padi termaju akan dihasilkan.

Pengiktirafan yang diterima oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di peringkat global pada tahun 2023, melalui dua projek berimpak tinggi: MAKGEOPADI dan e-sisa membuktikan kebolehan agensi kerajaan membangunkan sistem atau aplikasi yang memudahkan kehidupan rakyat.

Pembangunan aplikasi2 baharu untuk merakyatkan tekonologi angkasa

Tahun ini, MYSA akan meneruskan lagi pembangunan aplikasi-aplikasi baharu sebagai satu usaha untuk merakyatkan teknologi angkasa bagi menangani cabaran komuniti setempat melalui kerjasama dengan agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan sebagainya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara sistem yang sedang dibangunkan termasuk Sistem Maklumat Arkeologi Melaka, Electronic sabah Mobile Artisanal Remote Technology, Marang Land Information Data System dan DisasterAWARE-Oil Spill Incidents System.

Artikel lain: MOSTI Lancar Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030, Tingkat Produktiviti Malaysia

Oleh sebab itu. MOSTI selaku kementerian yang menerajui agenda sains, teknologi dan inovasi negara sangat komited untuk menjayakan strategi di bawah Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN 2021-2030) melalui tatakelola yang baik dan mengurangkan birokrasi seterusnya merakyatkan sains, menginsankan teknologi dan mengarusperdanakan inovasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd