Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Tanpa Gaji, Nurul Izzah Dilantik Sebagai Penasihat Kanan Ekonomi & Kewangan PM

Bekas Ahli parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sah dilantik sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan Harian Metro, jawatan yang diberikan kepada Izzah yang juga merupakan Naib Presiden PKR telah berkuat kuasa 3 Januari lalu.

“Ini boleh dimanfaatkan dalam pembabitan saya bersama pakar dalam mengemudi tadbir urus ekonomi, kebertanggungjawaban dan dasar berasaskan bukti,” katanya.

Susulan itu, Izzah berharap dengan pengalamannya sebelum ini sebagai Ahli Parlimen dengan mengendalikan isu kemiskinan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), serta perkhidmatannya dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara akan dapat membantunya menjalankan amanah dengan sebaik mungkin.

“Peranan baharu saya akan membolehkan saya memikul tanggungjawab baharu yang sudah pasti mencabar, berikutan masalah ekonomi yang kita hadapi.
“Bagaimanapun, saya yakin mampu menyumbang kepada evolusi Malaysia, yang bukan saja untuk pertumbuhan tetapi yang memartabatkan semua lapisan masyarakat dan menyediakan kesaksamaan dalam peluang,” jelasnya lagi.

Bukan itu sahaja, menurut Malaysia Kini, jawatan tersebut difahamkan tidak dibayar sebarang gaji malah, Anwar turut mengesahkan beliau tidak memberi sebarang elaun kepada anak perempuannya itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, Izzah pernah menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai selama dua penggal dari tahun 2008 sebelum di Permatang Pauh. Bagaimanapun, beliau tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sumber: Harian Metro (Zanariah Abd Mutalib), Malaysia Kini (Zikri Kamarulzaman)

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Farah Fakhira Fakhrulruzi berkongsi detik paling bermakna dalam hidupnya apabila selamat melahirkan cahaya mata pertama selepas diuji dengan pemergian suami Zaidul...

Sosial

Satu insiden tular di media sosial apabila seorang individu Jepun meluahkan kekesalan terhadap pelancong Malaysia yang dikatakan menampal pelekat di fasiliti stadium mereka. Menerusi...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengecam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sebagai “bodoh” berhubung isu Iran, selepas sekutu menolak seruannya untuk menyertai usaha...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd