Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Alami Kecacatan Wajah, Israa Jaabis Antara Tebusan Tarik Perhatian Ramai

Seorang wanita yang dikenali sebagai Israa Jaabis antara 39 rakyat Palestin yang dibebaskan oleh Israel di bawah program pertukaran tahanan di bawah gencatan senjata selama empat hari bersama Hamas yang diuruskan oleh Qatar, Mesir, dan Amerika Syarikat.

Difahamkan, Israa yang kini berusia 37 tahun telah disabitkan kesalahan meletupkan tong gas di dalam keretanya di pusat pemeriksaan di lebuh raya menghala dari Ma’ale Adumim ke Baitulmaqdis sehingga mencederakan seorang pegawai polis Israel pada tahun 2015.

Bagaimanapun, pada tahun 2017, dia telah dijatuhi hukuman penjara semala 11 tahun oleh mahkamah di Baitulmaqdia atas tuduhan cubaan membunuh.

Israa Jaabis

Artikel lain: Tersenyum Lihat Jasad Anak, Ketabahan Bapa Palestin Ini Dikagumi Ramai

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa yang lebih menyayat hati, Israa telah mengalami kecacatan di bahagian mukanya disebabkan oleh kesan daripada insiden tersebut.

Israa telah melecur tahap pertama dan ketiga pada 60 peratus badannya dan tidak menerima rawatan perubatan yang mencukupi daripada Sistem Penjara Israel (IPS).

Selain alami melecur di bahagian wajah dan badan, jarinya terpaksa dipotong akibat luka melecur, tangannya tidak boleh diangkat sepenuhnya disebabkan kulitnya yang bercantum  manakala telinga kanannya hampir tiada dan dia mengalami keradangan yang berterusan.

Lubang hidungnya ternganga di satu sisi, mengalami kesukaran bernafas dan bernafas melalui mulit serta mengalami gangguan saraf, trauma dan kesihatan mental yang teruk.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, dia pernah berada selama tiga bulan di Hospital Hadssah Ein Kerem sebelum dipindahkan ke penjara Al-Ramleh yang dilabel sebagai ‘rumah penyembelihan’ oleh banduan lain.

Selepas sebulan, dia dipindahkan ke Hasharon, satu-satunya penjara Israel untuk wanita Palestin.

Pada Sabtu lalu, dia adalah sebahagian daripada kontinjen pertama banduan Palestin yang dibebaskan di bawah gencatan senjata yang baru-baru ini.

“Saya malu untuk bercakap tentang kegembiraan apabila seluruh Palestin cedera. Mereka mesti membebaskan semua orang.” kata Israa kepada AFP.

Ini adalah salah satu peristiwa pertukaran tahanan Israel-Palestin paling penting sejak 2011 apabila Perdana Menteri Benjamin Netanyahu bersetuju untuk membebaskan lebih 1,000 tahanan Palestin sebagai pertukaran untuk Gilad Schalit, seorang askar IDF yang menjadi tebusan tebusan oleh militan Palestin berhampiran sempadan Israel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: NDTV (Samiran Mishra)

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ramai sebak melihat momen jenazah seorang murid PASTI yang meninggal dunia disebabkan masalah kesihatan dikelilingi oleh rakan-rakannya yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir. @cikgusalamiahmohdnor...

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas mendapati suami berulang kali curang hingga sanggup meninggalkan dirinya dan anak mereka selama beberapa hari demi meluangkan masa dengan...

Lokal

Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun menjadi perhatian warganet kerana tampil bersuara berkenaan isu kemusnahan ladang durian musang king di Sungai Ruan dan...

Sosial

Beberapa individu telah tampil menyatakan bahawa jenama kambing perap terkenal didakwa tidak membayar gaji stafnya sehingga berbulan-bulan. Perkara tersebut dinyatakan oleh satu akaun TikTok...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd