Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Akak ‘Ubat Ketiak Percuma’ Menang MPP UMS, Tewaskan Empat Calon

Seorang mahasiswi yang merupakan calon Pilihan Raya Kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS), Siti Nur Asyerra Wasli berjaya menewaskan empat pesaing lain dengan mengemukakan manifesto pemberian ubat ketiak percuma kepada pelajar.

Manifesto ubat ketiak percuma menang!

Sebelum ini, Siti Nur Asyerra, 23, mengemukan manifesto berkenaan kerana mahu menyelesaikan masalah bau badan yang sering dihadapi penuntut UMS kerana ketiadaa air di universiti.

Meskipun menerima kecaman dan ejekan orang ramai, namun manifesto dikemukaan pelajar Program Pemasaran semester keenam berjaya membuktikan penuntut UMS mempercayai dirinya.

Kongsi Siti Nur Asyerra atau mesra disapa Ara, idea manifesto tersebut muncul daripada pengalaman peribadi dirinya dan kawan-kawan yang berdepan masalah ketiadaan air di universiti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya, manifesto berkenaan merupakan salah satu cara untuk menyampaikan maksud tersirat kepada beberapa pihak mengenai kesedaran kebersihan diri bagi setiap individu.

“Pengalaman saya dan kawan-kawan sepanjang tiga tahun kami di UMS, bekalan air sentiasa tidak mencukupi.  Jadi, kebanyakan waktu, pelajar perlu minta kelas online atau sanggup hadir ke kelas fizikal tanpa mandi.
“Sampai kalau yang duduk sebelah tu mesti akan kata ‘maaf ya, kalau saya berbau. Saya tak dapat mandi pagi tadi’. Tetapi ada juga yang usaha sampai menginap di hotel atau tumpang di rumah kawan untuk mandi.
“Memang sudah ada pelbagai usaha dari semua pihak untuk selesaikan masalah air. Tapi pemberian deodoran ini adalah penyelesaian percuma kepada semua pelajar yang berasa ‘insecure’,” katanya, memetik Kosmo! Online.

ubat ketiak UMS

Artikel lain: Penduduk Setinggan Curi Air Antara Punca UMS Hadapi Masalah Bekalan Air

Anak kelahiran Ranau, Sabah ini berkata, sebelum mengusulkan manifesto tersebut dia turut meminta pandangan orang ramai termasuk dekan fakultinya.

Ini kerana pada awal, dirinya merasakan manifesto yang dikemukan itu adalah melucukan, namun ia mendapat sokongan dan mahu ia diteruskan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebab itulah saya gunakan tanda pagar #TidakLucuTapiFakta ketika berkempen.
“Kalau bina fasiliti, saya tidak mampu sebab banyak prosesnya. Dan saya tak mahu janjikan bulan bintang sampai akhir,”katanya.

ubat ketiak UMS

Tegas Ara, seseorang pemimpin seharusnya meletakkan diri merea di tempat rakyat dan merasai sendiri situasi mereka.

Mengulas lanjut mengenai perlaksaan manifesto tersebut, anak keempat daripada lima beradik didatangi beberapa penaja setelah dia memenangi Pilihan Raya Kampus.

Ara berkata, dia sedang dalam perancangan untuk memperhalusi proses pemberian deodoran kepada semua pelajar-pelajar UMS yang berdepan dengan masalah bau badan sekitar Mac depan.

Sumber: Kosmo! Online (Nurul Izzati Zaini)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd