Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

AIF 2024: Fokus Infrastruktur Dalam Capai Inisiatif Peralihan Hijau – Alexander

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menghadiri Forum Infrastruktur Asia (AIF) 2024 bagi mewakili Malaysia dalam sesi panel pertama memfokuskan kepada tema ‘Merangka Peralihan Tenaga Hijau Asia’ yang diadakan di Suntec Convention Centre, Singapura pagi ini.

Menerusi satu kenyataan, Alexander berkata, kepentingan infrastruktur diberikan penekanan selama sesi sejam tersebut berikutan mempunyai peranan penting sebagai pemboleh utama dalam mencapai inisiatif Peralihan Hijau.

“Infrastruktur merupakan asas kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara. Ia merangkumi pelbagai struktur fizikal, kemudahan dan sistem yang menyokong dan menggerakkan aktiviti ekonomi.
“Pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat bermula dengan ketersediaan akses kepada infrastruktur yang mampan dan berdaya tahan,” katanya.

Beliau berkata, infrastruktur menyediakan perkhidmatan yang membolehkan masyarakat berfungsi sepenuhnya dan memberi ruang untuk ekonomi berkembang maju sekaligus meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat daripada sistem pengangkutan kepada kemudahan penjanaan kuasa dan rangkaian air dan sanitasi.

Alexander turut memberitahu beberapa pendekatan yang harus dipertimbangkan dalam pembangunan insfrastruktur merentas sempadan, antaranya ialah penggunaan rangka kerja dasar, perancangan dan memberi keutamaan untuk kerjasama serantau yang cekap bagi meningkatkan visi dan matlamat bersama.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Selain itu, mewujudkan keupayaan persekitaran yang membolehkan projek merentas sempadan termasuk penyelarasan peraturan dan perundangan untuk kepentingan bersama.
“Mengoptimumkan struktur kewangan dengan mengambil kira faedah dan risiko khusus untuk projek merentas sempadan serta mewujudkan struktur tadbir urus yang berkesan merentas sempadan,” ujarnya.

Ahli parlimen itu juga menegaskan pembinaan infrastruktur negara harus bersifat ‘resilien’ bagi memastikan kemudahan infrastruktur negara berkualiti dan mampan sekali gus mempunyai daya tahan yang tinggi bagi menghadapi sebarang ketidaktentuan akibat perubahan iklim dan bencana alam.

“Sebagai Menteri yang menerajui Kementerian Kerja Raya, tentunya isu terkait infrastruktur negara yang melibatkan bidang kuasa kementerian ini diberikan perhatian serius.
“Input dari forum ini akan diberi perhatian bagi meningkatkan mutu infrastruktur negara,” tambahnya lagi.

Untuk makluman, AIF 2024 bagi sesi pertama itu juga turut disertai oleh Menteri, Pejabat Perdana Menteri, Menteri Kedua Kewangan dan Menteri Kedua Pembangunan Negara Indranee Rajah, Menteri Ekonomi dan Kewangan Kemboja Sim Vireak dan Setiausaha Bahagian Pengangkutan Filipina Jaime Bautista.

Sumber: Facebook Alexander Nanta Linggi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Sosial

Seorang bapa berkongsi detik cemas apabila anak perempuannya dikenali sebagai Raisha Falisha hampir menjadi mangsa culik dalam satu kejadian yang berlaku di Taman Bakawali,...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd