Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Ahmad Maslan Kesal Dituduh Kafir! Gara2 Minta Ahli UMNO Sokong DAP

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila terdapat pihak melabelkan dirinya sebagai seorang kafir, kurang berilmu dan tidak matang.

Memetik laporan Berita Harian, perkara tersebut timbul selepas beliau memuat naik kenyataan meminta ahli UMNO menyokong calon DAP.

Ahmad Maslan bagaimanapun berpendapat perkara tersebut tidak seharusnya timbul kerana ia adalah lumrah dalam berpolitik bagi mengukuhkan parti gabungan.

“Ia bukan isu peribadi tetapi isu prinsip, kita tidak boleh mengkafirkan orang hanya kerana saya kata undilah DAP, maka timbullah tuduhan menjelikkan,”ujarnya.

Tegas Ahli Parlimen Pontian, beliau terkilan dengan segelintir pihak yang memandang rendah akan perkara tersebut memandangkan ia hanyalah isu prinsip.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya tak kata ia dimiliki parti tertentu tapi ayat disebut itu melambangkan kerendahan ilmu pihak berkaitan,”luahnya.

Dalam masa sama, Ahmad Maslan juga memaklumkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pernah bersama dengan DAP pada gabungan Pakatan Rakyat sebelum ini. Malah, Presiden PAS sendiri pada ketika itu menyebut undi calon DAP termasuk BERSATU. Bagaimanapun, UMNO tidak pernah sesekali mengkafirkan mereka.

“Tiada kaitan dengan akidah pun sebab apabila kita bersama dalam Kerajaan Perpaduan ini, sekali lagi saya menyebut bukan atas nama DAP tetapi atas nama Kerajaan Perpaduan.
“Jadi, kita harus saling bantu antara satu sama lain,”ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian pada majlis sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Penghapusan Cukai Dua Kali mengenai Cukai Atas Pendapatan dan Pencegahan Pelarian dan Pengelakan Cukai (PPPDK) antara Malaysia dan Maldives di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Ahmad Maslan juga berharap agar tindakan politik tidak matang seumpama itu dapat dihentikan selain tidak mahu salahkan sesiapa bagi menjaga keharmonian dalam politik.

Sumber: Berita Harian (Mahaizura Abd Malik)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Keputusan seorang ibu berbangsa Cina, Zhu Er Chan untuk menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bukanlah perkara yang asing, memandangkan terdapat...

Dunia

Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropertyLimBrothers (PLB), Melvin Lim dan Naib Presiden, Grayce Tan didapati telah digugurkan daripada halaman kepimpinan syarikat di laman web...

Sosial

Tindakan tiga sekawan yang menjemput seorang pengawal keselamatan makan bersama mereka di sebuah restoran telah berjaya meraih perhatian ramai di media sosial. Menerusi satu...

Sosial

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyuarakan kebimbangan serius berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap beberapa aktivis yang mendedah dan mempersoal aktiviti pencerobohan tanah serta pembinaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd